Spekulasi mengenai pelakon Ashraf Muslim kononnya akan berpoligami akhirnya terjawab apabila pengamal perubatan Islam itu mengaku sudah menikahi gadis yang digosipkan dengannya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, di Thailand pada Ahad lalu.


Ashraf yang memfailkan permohonan berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pagi tadi mendapat kebenaran oleh Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab untuk menarik balik permohonannya itu, namun diperintahkan untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada isteri pertamanya Noor Dayana Lokman.

Pengakuan Ashraf sekaligus membuktikan gosip hubungan cinta antara dia dengan wanita tersebut adalah benar walaupun Ashraf sebelum ini pernah menafikan mengenai kontroversi yang melanda dirinya itu.

Ashraf bernikah dengan Dayana yang juga merupakan anak kepada pengasas Pusat Perubatan Islam Al Hidayah pada 30 Ogos 2011 di Mekah, namun selepas tiga tahun mendirikan rumahtangga, pasangan ini tidak dikurniakan zuriat.  ~ Gua

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top