Sinopsis Sudah-Sudahlah

Sudah-Sudahlah mengisahkan Nik Him, pengerusi sebuah koperasi berjaya di sebuah kampung di Terengganu. Namanya cukup terkenal dan diberi sanjungan ramai. Namun, setelah lama menjadi ketua koperasinya, sikap berlagak dan sombong mula menyelubungi sikap Nik Him, selain suka bertindak sesuka hati termasuk memecat ahli lembaga koperasi yang menegur dan mengkritiknya.

Nik Nim mula berasa tidak selesa apabila seorang anak muda, Faris yang baru balik ke kampung selepas melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan dapat meyakinkan penduduk kampung untuk mengambil alih kepemimpinan koperasi berkenaan. Faris mahu bertanding jawatan pengerusi dalam mesyuarat agung itu, namun Faris dalam dilema kerana dia sedang bercinta dengan anak gadis Nik Him. Nik Him pula memandang rendah kemampuan Faris dan pada masa sama, dia menghadapi masalah dengan isterinya, Nab.

Dalam pertandingan memilih kepemimpinan baru, Nik Him akhirnya tewas pada Faris dan ia menyebabkan Nik Him kecewa. Pengikut setianya mahukan Nik Him merampas semula jawatawan itu, lalu mereka sanggup berbuat apa saja demi mendapatkan semula jawatan yang pernah dipegangnya dalam koperasi. Nik Him melancarkan `perang' terhadap Faris. Sejak itu, hubungan sesama penduduk kampung mula menjadi kecoh dan berpuak-puak.

Telefilem berjudul Sudah-Sudahlah arahan Asri Alias membariskan pelakon Che Kem, Yaya Maembong, Adrea Abdullah, Wan Hanafi Su, Asrul Faizal Kamaruzaman, Z Zamri, Kamarool Yusof dan Nor Seha.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top