Sinopsis Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti

Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti mengisahkan seorang pemuda kampung bernama Shafiq (Nabil) yang berhijrah ke Kuala Lumpur demi mengubah kehidupannya serta Mak Lijah (Fadillah Mansor).

Ketika Shafiq sampai di Kuala Lumpur, dia terjumpa iklan percutian di Pulau Perhentian. Oleh kerana tertarik dengan iklan itu, Shafiq terus ke agensi yang mengendalikan percutian itu untuk menempah pakej yang ditawarkan.

Beberapa hari sebelum pergi bercuti, Shafiq menumpang di rumah kakaknya, Seha (Sharifah Shahira). Dengan perasaan teruja, Shafiq memberitahu Seha dan suaminya, Hisham (Eizlan Yusof) mengenai percutian itu.

Seha dan Hisham yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja mengambil peluang untuk memujuk Shafiq supaya turut membawa anak mereka pergi bercuti.

Shafiq tidak mempunyai pilihan selain membawa dua anak buahnya, Aiman (Fimie Don) dan Arora (Maisara) kerana Seha menempah percutian yang sama dengannya, sehari sebelum percutian.

Di situ, Shafiq bertemu dengan gadis bernama Siti Nurhalina (Nabila Huda) dan mula jatuh hati padanya. Pada masa yang sama, Wan Zarina (Tasha Shilla), pekerja di resort itu juga menaruh perasaan terhadap Shafiq. Akibat cinta bertepuk sebelah tangan, Wan Zarina sanggup mengurung Siti Nurhalina supaya kedudukannya di mata Shafiq tidak terancam.

Wan Zarina menghasut Arora dengan mengatakan Siti Nurhalina ialah perampas dan keadaan menjadi bertambah huru hara apabila Arora turut membantu tindakan gila Wan Zarina.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah percutian Shafiq akan menjadi sebuah mimpi ngeri atau satu kenangan yang terindah?

Jangan lupa saksikan Goyang Shafiq... Jom Pi Cuti setiap Isnin jam 10 pagi di TV3. Ia juga boleh disaksikan menerusi www.tonton.com.my. Artikel disediakan oleh Unit Perhubungan Awam TV3
Drama terbitan Primeworks Studios

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top