Ibu tunggal, gelaran ini sering dikaitkan dengan kehidupan yang payah, penuh cabaran dan onak duri. Sedangkan, ramai wanita yang tidak terbeban dengan status itu. Malah, ramai wanita berjaya membuktikan diri mereka lebih berjaya selepas bercerai dengan pasangan.
Penyampai Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 30, juga tidak pernah berasa terbeban untuk membesarkan anak kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia empat tahun.
"Secara peribadi, saya berasa kurang sesuai digelar ibu tunggal. Ini kerana, bapa mereka selalu bersama anak-anak saya, keluarga juga setiap masa bersama, rakan-rakan juga `amazing'. Justeru, Aza dan Asha tidak pernah kurang perhatian malah sentiasa diselubungi perasaan kasih sayang.
"Harus diakui, saya antara wanita yang bertuah berbanding kebanyakan ibu tunggal lain kerana masih mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suami. Anak-anak juga tidak pernah kekurangan kasih sayang kerana bapa mereka sentiasa di samping bahkan disayangi setiap orang disekeliling kami.
"Bayangkan bapa mereka sanggup tukar sarung tilam warna merah jambu, siap ada gambar `Barbie' lagi disebabkan anak-anak. Jadi tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana hidup saya lebih bertuah daripada ibu tunggal lain. Saya sangat bersyukur," katanya.
Dengan pengakuan Leya yang masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32, teman wartawan sengaja melontarkan soalan apakah dia dan Ashraf tidak pernah berbincang untuk rujuk semula?
Wanita bertubuh kecil itu bagaimanapun menegaskan, apa saja persoalan membabitkan hal peribadi, dia tidak berminat untuk berkongsi dengan umum. Termasuklah gosip kononnya kini sudah menemui cinta baru.
Berbicara mengenai peranannya membesarkan anak kembar, Leya seboleh-bolehnya tidak mahu membezakan anak-anaknya termasuklah dari segi pemakaian.
"Sebolehnya, saya akan pastikan mereka memakai baju yang sama. Paling berbeza pun cuma corak saja kerana saya tidak mahu menjawab hal ini di kemudian hari.
"Maksud saya, katakanlah bila mereka besar nanti dan mereka lihat gambar masa kecil. Apa perasaan mereka, jika salah seorang daripada mereka bajunya lebih glamor berlabuci dan seorang lagi tidak, pasti sedih bukan? Jadi, saya pastikan layanan untuk anak sama rata, tiada lebih dan tiada kurang," katanya.
Hampir setengah jam menemubual wanita yang di perkenalkan menerusi layar perak pada 2002 melalui filem Idola arahan Aziz M Osman itu, Leya turut ditanya, bagaimana cara untuk membezakan Asha dan Aza yang memiliki wajah seiras.
Menurutnya, kekeliruan bukan hanya berlaku kepada orang yang baru pertama kali melihat anak perempuannya itu, malah, dia sendiri pun kadang-kadang keliru.
"Bukan saja saya, datuk dan nenek mereka termasuklah adik-adik saya pun sukar hendak membezakan Aza dan Asha. Dari segi karektor, tidak jauh berbeza sebenarnya, kerana bila Aza `moody', Asha akan okay dan begitulah sebaliknya.
"Tetapi seorang sahabat baik saya yang sejak kecil lagi melihat Aza dan Asha, dia ada gelaran untuk mereka iaitu `sunshine and moony'. Apabila kita fikir sinaran matahari, dia adalah Asha. Pun begitu dalam sikapnya yang ceria dia sangat panas.
"Manakala Aza pula `moony'. Dia hanya berikan sikit saja ruang untuk mengenalinya, kemudian terserah bagaimana cara mereka untuk merapatinya," katanya.
Leya beraya bersama anak-anak
Bercerita mengenai sambutan Aidilfitri, seperti biasa, Leya akan menyambut hari raya pertama bersama anak-anaknya sebelum sebelah petang, Ashraf membawa pulang Asha dan Aza ke kampung halamannya di Jeram, Perak.
Sempena Aidilfitri nanti, wajah Leya juga boleh disaksikan menerusi program Akustika Raya Datuk Siti Nurhaliza siaran Hot TV apabila diberi kepercayaan mengendalikan segmen berkenaan.
"Setiap kali dapat menemubual Datuk Siti Nurhaliza, ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Saya selalu buat cerita sedih tidak pernah dapat menemubualnya walaupun sebenarnya sudah selalu juga. Antara soalan yang saya ajukan pernah atau tidak beliau ponteng puasa," katanya.
Pada masa sama, Leya juga merancang ingin kembali aktif berlakon serta terbabit dalam produksi penerbitan secara serius.

0 ulasan:
Catat Ulasan