Ayah Ainan Tasneem telah meletakkan syarat kepada anaknya sebelum bergelar penyanyi.
Dr. Ridzuan Mohd Sagir yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Album Sulung Ainan di Hotel Royal, Jalan Raja Chulan pada Selasa, memberitahu kepada media pada mulanya dia keberatan untuk membenarkan anaknya itu terlibat secara serius dalam bidang nyanyian kerana mahu melihat Ainan menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya terlebih dahulu dalam bidang Kejuruteraan Bioproses di Universiti Malaysia Perlis.
Selain itu, bapa Ainan juga telah meletakkan beberapa syarat kepada anaknya itu sebelum bergelar penyanyi.
“Antara syarat yang saya beri ialah seperti menjaga maruah diri, merendah diri dan bersederhana serta tidak lupa tujuan asal untuk bergelar penyanyi,” katanya.
Sementara itu, Ainan ketika ditemui berkata dia tidak kisah untuk mengikuti semua syarat yang ditetapkan oleh ayahnya itu demi minat yang mendalam terhadap nyanyian.
Ainan Tasneem telah melancarkan album sulungnya yang berjudul ‘Aku Suka Dia’ yang mengandungi lima buah lagu dan diterbitkan oleh syarikat MVM Productions.
Menurut Ainan, album itu adalah hadiah kepada para peminat yang telah menyokongnya selama ini dan bersyukur kerana impian untuk memenuhi permintaan peminat untuk melihat buah tangan darinya, tercapai.
Katanya lagi, dia akan tampil dengan album penuh pada penghujung tahun ini dan akan mempelbagaikan genre muzik untuk pendengar.
Antara lagu yang dimuatkan adalah Aku Suka Dia, 150 Juta, Kamu Saja, Tak Mungkin Akudan Aku Keliru.

0 ulasan:
Catat Ulasan