Judika muncul dengan album ketiga, Judika Mencari Cinta yang sudah dipasarkan di negara ini sejak 22 Mei lalu, ia juga memuatkan 15 lagu yang kebanyakannya menceritakan perihal diri Judika dan kisah cintanya dengan kekasih, Duma Riris Silalahi, 30.

Dia yang terbuka berbicara mengenai persiapan perkahwinannya dengan Duma Riris berkata mereka dijangka bernikah pada 31 Ogos ini. Bahkan, ujarnya sekarang persiapan untuk perkahwinan itu giat dijalankan.

"Selepas segala masalah yang kami hadapi sebelum ini sudah diselesaikan, akhirnya tanggal 31 Ogos dipilih untuk saya dan Duma Riris bersatu sebagai pasangan suami isteri.

"Saya juga sangat bersyukur kerana ibu bapa dan keluarganya mahu juga merestui hubungan kami biar pun sebelum ini mereka menghalang," kata Judika memaklumkan ia bukan kerana perbezaan agama tetapi berpunca daripada karier seninya.

Menurut bekas bintang Indonesian Idol 2 ini lagi, dia dan Duma Riris adalah penganut Kristian. Namun, percintaan mereka pernah mendapat halangan keluarga kekasihnya itu kerana kurang yakin dengan kerjaya Judika sebagai penyanyi dan pemuzik.

"Apa yang pernah berlaku dalam hubungan saya dan Duma Riris sebelum ini adalah dugaan pada percintaan kami. Saya tidak pernah menyalahkan ibu bapa dan keluarganya yang tidak merestui kami.

"Sebagai orang tua Duma Riris, saya yakin mereka cuma menginginkan calon suami yang terbaik untuknya. Dalam soal ini, pastinya mereka perlukan calon menantu yang memiliki kerjaya yang mantap dan stabil.

"Saya pula hanya berstatus pemuzik dan penyanyi saja. Jadi, ia secara tidak langsung menyebabkan mereka kurang yakin yang saya mampu memberikan kehidupan terbaik buat Duma Riris," katanya.

Menyentuh perihal restu dimiliki selepas lagu Papa Mama Larang ciptaannya didengari oleh ibu bapa Duma Riris, pemilik nama sebenar Judika Nalon Abadi Sihotang ini berkata apa yang dihasilkannya di dalam lagu itu adalah luahan perasaannya.

Katanya, dia dan Duma Riris sudah mencuba sedaya upaya mereka untuk memilih haluan hidup masingmasing namun, sayangnya perasaan cinta itu tidak pernah padam.

Katanya, mereka sakit menanggung rindu dan bebanan perasaan cinta tak kesampaian.

Justeru, di kala sakit menanggung perasaan cinta di halang itu, maka Judika menghasilkan lagu Papa Mama Larang yang sememangnya ditujukan khas buat kekasih hatinya, Duma Riris.

Ujarnya lagu Papa Mama Larang yang turut dimuatkan dalam album Judika Mencari Cinta itu, nampaknya berjaya membuka pintu hati ibu bapa Duma Riris untuk merestui hubungan cinta mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top