Sinopsis Tok Ompek Simpang Ompek

Tok Ompek Simpang Ompek mengisahkan dilema Tok Ompek Baharuddin yang mahu mempertahankan kesinambungan Adat Perpatih. Dia yang dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang memegang kuat Adat Perpatih, begitu menjaga dan mencintai adat ini.

Walaupun dia pernah merana kerana adat pernah menghalang cinta pertamanya, namun dia tetap teguh mempercayai bahawa adat yang dijunjung bersendikan hukum itu perlu dipertahankan. Meskipun ada orang luar atau generasi muda termasuk anaknya sendiri mempertikaikan mengenai adat ini, Tok Ompek tetap teguh dengan pendiriannya.


Tok Ompek Simpang Ompek

Banyak rintangan yang terpaksa dihadapi Tok Ompek dalam memastikan kesinambungan adat itu terus teguh terpelihara termasuk sikap anaknya sendiri yang mahu melanggar adat. Tok Ompek serba-salah apabila orang kampung mula bercakap-cakap mengenai perihal anak-anaknya itu.

Penerbit: Mohd Yassin Mohd Ismail (Nissay Ventures Sdn Bhd)

Pelakon: Datuk Ahmad Tarmimi Siregar (Tok Ompek), Baharuddin Haji Omar (Pak Mihat), Khaty Azean (Musalmah), Ibu Aida (Maimunah), Munir (Aswad), Syawal AF (Alif), Nisha Dirr (Aisyah), Aripah Damanhuri (Nenek Besah), Zul Handy Black (Jusoh), Aman Shah (Jaafar), Zarina Zainuddin (Midah).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top