Tasha Shilla tidak mahu lagi menerima watak-watak antagonis yang boleh menjejaskan maruah keluarga atas permintaan bapanya.

Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 26, berkata, dia hanya menerima watak jahat dan antagonis yang mampu memberi kesedaran kepada penonton.

"Bapa saya tidak benarkan saya bawa watak perempuan jahat seperti pelacur dan kaki disko yang mana tiada pengajaran yang ingin ditonjolkan kepada penonton.

"Saya juga tidak mahu penonton sendiri terpengaruh atau berasa bangga berperangai seperti itu, tapi jika jalan cerita tersebut ada pengajaran diakhirnya itu tidak mengapa," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tasha kini lebih memilih dalam menerima sebarang tawaran drama atau telefilem yang bakal dilakonkan.


"Ya, sebelum menerima mana-mana watak saya lihat dulu skrip dan kekuatan cerita tersebut, bagaimanapun saya tidak memilih watak utama atau tidak sebaliknya kesan kepada penonton," katanya.

Kata Tasha, dia bersyukur hampir tiga tahun dalam industri, dia telah diberi kepercayaan membawa pelbagai watak.

"Alhamdulillah setakat ini stesen televisyen memberi kepercayaan kepada saya untuk membawakan watak yang pelbagai.

"Semua watak-watak yang mencabar tahap lakonan saya dan sedikit sebanyak memberi peluang syaa belajar lebih banyak lagi," katanya.

Bercerita tentang drama Lebaran Kasih, Tasha berkata, cabaran utama ialah ketika babak yang terpaksa mengeluarkan air mata.

"Penggambaran pada bulan puasa tiada masalah bagi saya, cuma adegan keluar air mata agak susah kerana kurang air dalam badan.

"Kalau hari biasa saya banyak minum air bagi menambah air dalam badan, jadi senang untuk keluarkan air mata," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top