Sumber terdekat memaklumkan Cory Monteith pulang ke Kanada untuk menenangkan hati setelah dikatakan kecewa kerana putus cinta walaupun khabar angin bertiup kencang mengatakan pasangan kekasih di set dan luar set ini bakal berkahwin dalam beberapa minggu.

Percintaan antara Cory dengan Lea Michele dikatakan bermasalah hingga masing-masing mengambil keputusan berjauhan buat sementara. Cory pulang ke kampung halaman, manakala Lea pula bercuti ke Mexico bersama teman.


"Tekanan menjalin hubungan dengan seorang penagih dadah memang menyulitkan keadaan. Hanya baru-baru ini, iaitu beberapa minggu lalu, mereka putus. Bagaimanapun, Lea akan selalu mencintai Cory," kata sumber terdekat.

Terdahulu, biar berdepan masalah ketagihan, Cory tetap mendapat sokongan padu kekasihnya, apatah lagi selepas mengambil keputusan menjalani pemulihan, April lalu.

Pasangan itu disatukan dalam Glee sejak 2009, namun hanya menjalin hubungan serius setahun yang lalu. Hingga kini Lea belum memberikan sebarang komen kerana terlampau sedih. Produksi Glee pula dijangka tamat penggambaran pada bulan ini.

Sementara itu, kehilangan Cory meninggalkan pesanan aneh menerusi Twitternya iaitu "oh, IT'S A SHARK TORNADO." yang dilayangkan kepada peminat sehari sebelum kematiannya.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top