Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman, 31, mahu berkongsi keindahan taranum serta qasidah dengan lebih luas.
Sebagai pencinta syair Arab, johan Tilawah A1-Quran Antarabangsa 2009 itu yakin album berjudul Al Husna mampu memenuhi selera penggemar seni qasidah burda dan dendangan Arab selain memberi kelainan dengan menonjolkan versi wanita.
"Setiap kali berceramah, saya turut bertaranum dan berqasi~dah. Ramailah bertanya bila mahu merakamkan album. Al Husna yang memuatkan enam lagu adalah hasilnya. Matlamat saya menggunakan medium seni semata-mata ingin berkongsi ilmu dan meramaikan lagi pencinta al~ Quran.
"Ini adalah jihad. Saya pun tidak mahu dikenali sebagai selebriti. Cukuplah kalau orang panggil saya qariah. Ada juga yang bertanya kenapa tidak terbitkan album bacaan al-Quran. Bagi saya, ia sudah banyak di pasaran, malah bacaan ayat suci itu boleh dimuat turun di laman sosial.
"Pilihan yang saya ketengahkan ini adalah sesuatu yang sentiasa malar segar. Puji-pujian ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW diperdengarkan sampai bila-bila. Disebabkan itu, saya memilih Asmaul Husna serta Law Kuna Bainana," katanya.
Diterbitkan komposer, Yasin Sulaiman, kongsi personaliti itu yang selesa disapa Sharifah Khasii pada awalnya dia berhasrat menggu~nakan khidmat Maher Zain atau Sami Yusuf. Namun, ia dilupakan sebaik melihat kewibawaan komposer tempatan.
"Saya mahu album ini dipasarkan tahun ini juga. Disebabkan itulah saya membuat penyelidikan sejak tahun lalu. Menerusi e-mel, saya menghantar surat kepada kedua-dua figura itu, tetapi selepas melihat gambar Yasin bersama Sami di laman sosial, saya tidak nampak mengapa saya perlu memilih komposer luar.
"Kepakaran Yasin memang terbukti kerana dia sentiasa tampil dengan idea segar. Mungkin orang melihat empat bulan penerbitan sebagai tempoh panjang tetapi kerja rakaman dihentikan seketika disebabkan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) serta beberapa tugasan lain," katanya mengenai album yang bakal diedarkan ke negara jiran Serta Eropah itu.
Tidakkah berhajat menerbitkan album komersial atau berbahasa Melayu? Akui penerima anugerah Sanad iaitu pengiktirafan kefasihan bacaan al-Quran dari Mesir dan Yaman itu, dia lebih selesa dengan bahasa Arab yang sudah didedahkan kepadanya sedari kecil.
Berdarah campuran Asai Barat di sebelah bapa Serta Melayu di pihak ibu, ulas Sharifah Khasif lagi, mungkin untuk penerbitan seterusnya dia muncul bersama konsep cinta dan kasih sayang, namun masih dalam lenggok Arab.
"Bapa saya memberi ruang kepada saya mendengar lagu komersial sejak kecil walaupun pada masa sama, mengutamakan pengajian al-Quran. Saya menyanyi di rumah. Antaranya lagu Bollywood yang punya lenggok tersendiri. Saya juga mendengar alunan vokal mendiang Whitney Houston.
"Cuma semakin menginjak dewasa, tumpuan lebih kepada al-Quran sebaik menjadi wakil qariah ke luar negara. Dari situ, saya semakin cenderung kepada karya penyair Arab seperti Ummi Khaltom, Wardah, Abdul Halim Hafez dan ramai lagi. Bezanya, dendangan seumpama itu baru memasuki pasaran tempatan," katanya.
Sebagai qariah, penceramah dan tidak keterlaluan ikon Muslimah, pendapatnya mengenai suara wanita sebagai aurat yang dijadikan isu sesetengah pihak turut dikongsikan.
Dengan tenang, Sharifah Khasif yang juga isteri seorang usahawan itu mengulas, pihak terbabit perlu berfikir di luar kotak kerana Islam tidak menghalang berdakwah menerusi bidang seni, asalkan tidak melampau batas.
"Kita gunakan suara untuk mengaji dan berdakwah, bukan bercakap perkara tidak elok dengan bukan muhrim hingga menimbulkan syahwat atau fitnah. Tidak kira saluran mana pun, selagi nawaitu baik dan mendekatkan orang lain dengan Islam, ia tidak salah.
"Sebelum merakamkan album ini pun, saya buat kajian dulu. Bolehkah saya melontarkan suara dan perkara berkaitan. Kemudian kita berbalik pula kepada matla~mat penghasilan Al-Husna. Saya mahu berjihad bukannya nak jadi masyhur," kata personaliti yang khatam al-Quran pada usia lima tahun itu penuh bermakna.

0 ulasan:
Catat Ulasan