Bapa Noor Dayana, Hj. Lokman memberitahu kepada media anaknya itu tidak pernah merestui Ashraf dan Sakinah untuk berkahwin.

Beliau juga terkilan dengan tindakan Ashraf yang sanggup menipu Dayana dan berkahwin secara senyap di Bangkok, Thailand bersama Sakinah.

Puisi hasil nukilan Noor Dayana yang di ambil daripada akaun facebooknya dengan pembaca-pembaca semua.


Puisi ini jelas menunjukkan perasaan Dayana ketika ini.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...


Update:
Puisi ni bukan nukilan dayana tetapi orang lain..


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top