Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku bersalah berpoligami tanpa kebenaran mahkamah ketika kesnya disebut di mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini.

Isteri beliau, Zizie Ezette Abdul Samad juga mengaku bersalah bernikah dengan Bung Mokhtar tanpa kebenaran pendaftar.

Selain itu, mereka juga mengaku bersalah atas dakwaan bersubahat dengan pasangan masing-masing untuk melakukan perbuatan berpoligami itu.

Bung Mukhtar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, dan Zizie Ezette melakukan perbuatan tersebut pada 16 Disember tahun lalu kira-kira pukul 8.50 malam di sebuah rumah beralamat No. 12, Jalan TC 2B/3, Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak dekat sini. - Utusan

20/04/2010 11:16am

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top