Pun begitu, peminat lebih menyokong sekiranya Adira berpasangandengan Iwan. Namun, sebaik saja mendengar tentang gosip berkenaan, Emahanya mampu tersenyum dan tergelak besar. Malah, dia telah menjelaskankeadaan sebenar tentang gosip tersebut.
“Sebenarnya, hubungan Adira dengan Alif mahu pun Iwan tidaklebih sekadar seorang kawan biasa. Tidaklah sampai ke arah menjadipasangan bercinta. Sebagai kakak, Ema tengok Adira nampaknya lebih sukakepada pelajar lelaki yang lain.
“Ema tahu Adira punya pilihan lelaki sendiri. Adira lebih gemarmendampingi lelaki seperti Shahir. Ema pun suka juga lelaki macamShahir. Lelaki jenis ini boleh membimbing kami berdua.
“Terus-terang, Ema tak berani nak cakap sama ada Adira dan Shahirbercinta. Namun, apa yang boleh Ema katakan, Adira senang bersamaShahir kerana Shahir adalah pendengar dan penyampai yang baik,” jelasEma.
Selain itu, penyingkiran Ema pada konsert kedua seolah-olahmemberitahu orang ramai bahawa peminat AF8 lebih menerima Adiraberbanding Ema. Pandangan Ema sendiri?
Jelas Ema, sukarsebenarnya bagi dia untuk menjawab persoalan ini. Namun, dia samasekali tidak pernah terfikir penyingkirannya itu disebabkan peminatlebih mahukan Adira berbanding dirinya.
“Kami berdua ada bakat yang berbeza dan tersendiri. Sekarang ni, takkiralah samada sebagai kakak atau pun orang luar, Ema tetap akanmenyokong Adira sehabis mungkin. Ema mahu Adira buktikan bakatnyaselama ini yang terpendam,” kata Ema.
Dalam pada itu,memandangkan Ema dan Adira tidak pernah mendapat kasih sayang daripadaseorang bapa semenjak kecil lagi, ada segelintir pihak beranggapan niatasal kedua beradik ini mengikuti AF8 adalah untuk berjumpa dengan bapakandung mereka.
Pun begitu, Ema telah menafikan hal itu. Katanya, hasrat dia dan Adira untuk menyertai AF bukanlah untuk berjumpa bapa kandung mereka.Malah, tidak pernah terdetik pun bagi mereka untuk memasang niatsedemikian.
“Hati Ema memanglah terbuka untuk berjumpa ayah. Tapi kami takpernah pun nak masuk AF sebab nak mencarinya. Ema bukannya benci denganayah. Namun, Ema dah terbiasa dengan ketiadaan dia.
“Ema dah berpisah dengan ayah sejak Ema berumur setahun. Sebenarnya,kami pernah berjumpa dengan ayah sekali saja. Waktu itu Ema darjah 6dan Adira pula darjah 4. Kami berdua tahu ayah sudah kahwin lain. Tapikami langsung tak pernah dengar apa-apa khabar daripadanya.
“Agak sukar untuk Ema jelaskan tentang hal ini. Yang pasti, tiadabenci di hati Ema dan sayang pula bukan tiada tapi lebih kepada rasahormat dari anak kepada ayah. Ada juga Ema terfikir bila kahwin nantimahu ayah sendiri jadi wali,” katanya panjang lebar.
Teks oleh Razif Rosdi
0 ulasan:
Catat Ulasan