Dalam Diari Akademi Fantasia yang disiarkan sebentar tadi di Astro Ria (saluran 104), kita dapat melihat tugasan pelajar wanita untuk minggu ketujuh. Kini terjawab sudah tugasan semua pelajar untuk konsert minggu ini.

Daripada pemerhatian, kesemua pelajar dapat lagu makanan mereka. Memasuki minggu ketujuh, kecenderungan genre pelajar sudah dapat dikenalpasti. Berikut adalah senarai lagu tugasan bagi konsert minggu ketujuh:

PELAJAR LELAKI
MAULANA – Semalam (Sean Ghazi)
SHAHIR – Tiara (Kris)
IWAN – Warisan Wanita Terakhir (Teacher’s Pet)
DAUS – New Devide (Linkin Park)

PELAJAR WANITA

ADIRA – Ayat Ayat Cinta (Rossa)
AIN – Seindah Biasa (Dato’ Siti Nurhaliza)
FARINA – Jika Kau Ubah Fikiran (Mila)


LAGU BONUS DEBARAN
Medley Jangan Diucap Selamat Tinggal (Shades) dan Viva Forever (Spice Girl)

Mampukah mereka menggalas cabaran minggu ini? Saksikan persediaan mereka dalam Diari Akademi Fantasia setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.30 malam hanya di Astro Ria (saluran 104)

Teruskan AFUNDI pelajar kegemaran anda!

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top