Penyanyi Carrie Underwood mencatat sejarah pada Anugerah Akademi Country Music (ACM) malam semalam, apabila menjadi wanita pertama memenangi anugerah penghibur sepanjang tahun sebanyak dua kali.

Underwood yang juga juara American Idol musim keempat memenangi anugerah penghormatan tertinggi persembahan pada tahun lalu.

Dia menewaskan penyanyi Taylor Swift, Kenny Chesney, Kumpulan Zac Brown, Toby Keith, Brad Paisley, George Strait dan Keith Urban bagi anugerah penghibur sepanjang tahun.

"Saya fikir saya baru sahaja mendapat semua sifat yang ada pada Paisley.

Sebelum itu, Underwood menerima trofi istimewa 'tiga mahkota' di ACM untuk kemenangannya sebagai penghibur sepanjang tahun, penyanyi wanita popular dan artis baru popular dalam kariernya.

Kumpulan trio yang mendapat sambutan hebat, Lady Antebellum muncul pemenang terbanyak, menggenggam lima trofi daripada tujuh kategori yang dicalonkan, manakala rakan baik trio itu, Miranda Lambert, memenangi tiga anugerah.

Trio yang dianggotai Hillary Scott, Charles Kelley dan Dave Haywood itu adalah artis yang memperoleh pencalonan terbanyak pada anugerah berkenaan.

Ia merebut gelaran sebagai kumpulan vokal terbaik yang dipegang Rascal Flatts selama tujuh tahun dan memenangi lagu serta rakaman 'single' sepanjang tahun untuk hit mereka Need You Now.

"Anda tidak akan pernah tahu ke mana sesebuah lagu boleh membawa anda dan malam ini barangkali kemuncak karier kami," ujar Kelley. - AP

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top