Minggu lalu, pejabat Cik Normah dihubungi pembaca Berita Harian mengenai ‘sedutan’ pergaduhan membabitkan pasangan suami isteri yang kini bergelar tenaga pengajar di Akademi Fantasia musim kelapan. Mesti ada yang sudah dapat mengagak. Mereka yang dimaksudkan ialah Que Haidar dan Linda Jasmine.

Menurut pembaca itu, katanya pertengkaran itu berlarutan dari dalam hingga ke luar kereta. Katanya, sampai ada babak tarik baju lagi. Mulanya pembaca itu ingatkan apa yang dilihatnya itu sebuah penggambaran drama. Tapi pelik juga dilihat sekeliling, tiada pula kamera atau kelibat kru produksi.

Kalau ada adegan berlakon, sejak bila pula cikgu tarian itu menjadi pelakon. Lainlah Que yang baru saja memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, 4 April lalu.
Beritahu pembaca itu lagi, selain melihat adegan pergaduhan itu, yang turut kedengaran ialah Que meminta isterinya itu supaya jangan mengganggu dirinya dan diikuti dengan tangisan teresak-esak Linda. Secara jujur, pembaca itu tidak tahu butir pertengkaran sebenar yang terjadi.

Cik Normah tidak salahkan Linda dan Que kalau beremosi. Adat dalam berumah tangga, biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita manusia biasa. Tapi yang harus diingat di sini, Que dan Linda itu selebriti. Lainlah, kalau orang biasa, mungkin orang akan buat tak tahu kalau berdrama di tempat awam.

Patut pun, Cik Normah tengok gelagat Linda ketika mengajar menari di depan pelajar AF8, penuh dengan emosi. Barangkali emosi yang dilemparkan itu ada kaitan dengan masalahnya dengan Que. Cik Normah harap pasangan ini boleh bawa berbincang dan menyelesaikan masalah dengan baik.

~ Berita Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top