Debaran AF minggu kelima Akademi Fantasia Musim Ke-8 (AF8) yang berlangsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil sebentar tadi menyaksikan tiada pelajar tersingkir apabila pengacaranya, Sarimah Ibrahim mengumumkan bahawa semua pelajar terus kekal sehingga minggu depan.

Ini bermakna kesemua 8 pelajar yang tinggal iaitu Adira, Ain, Farina, Iwan, Daus, Maulana, Shahir dan Nad akan meneruskan perjuangan mereka untuk konsert seterusnya di minggu ke-6.

Walau bagaimanapun dipenghujung rancangan, nama Farina telah diumumkan berada pada kedudukan terbawah selepas undian ditutup selain dua lagi pelajar yang turut berada di kedudukan terbawah iaitu Ain dan Nad.

Debaran AF dimulakan dengan kesemua pelajar mempersembahkan 'lagu sekolah' Akademi Fantasia, Menuju Puncak dituruti sedutan sebahagian dari kritikan-kritikan pengkritik pada malam konsert semalam. Sarimah kemudian mengumumkan kedudukan dari semasa ke semasa siapa pelajar di kedudukan terbawah.

Setelah undian ditutup dan sebelum pengumuman penyingkiran dibuat, para pelajar telah mendendangkan lagu bonus, Pergi nyanyian asal Aizat.

Teruskan mengundi pelajar kegemaran anda dengan menaip AFUNDI <3/5/10> NAMA SINGKATAN PELAJAR & HANTAR ke 32999.

Source: Murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top