Biarpun tika dan saat ini peminat setia Akademi Fantasia (AF) sedang sibuk berbicara mengenai penyebaran foto peribadi Farina AF8, namun Murai Batu ada cerita lain yang tak kurang hotnya.

Cerita ni tentang si Claudia AF7. Sejak dalam AF7 lagi, ramai rasanya yang dah tahu ni Claudia tengah berdepan dengan masalah rumahtangga.

Tapi bila disuruh komen tentang suaminya, Claudia agak keberatan. Malah, seboleh- bolehnya dia tak mahu sangat bercerita tentang hal peribadinya itu. Mungkin apa yang dialami Claudia itu terlalu berat untuk dikongsi bersama.

Tapi, seorang wanita yang putih melepak datang memberitahu Murai Batu. Khabarnya, si suami Claudia bakal mendirikan rumahtangga dengan wanita lain dan kini Claudia tengah menunggu masa untuk kembali hidup membujang.

Murai Batu difahamkan lagi, Claudia yang kini tengah bahagia bersama anaknya, Cristine sudah lama menantikan saat-saat ini. Tapi, suaminya yang selalu mengelak dan tak mahu selesaikan masalah rumahtangga yang mereka hadapi.

Kesannya, Claudia ibarat seperti hidup digantung tak bertali. Ohh.. begitu kisahnya. Patutlah, Claudia selalu keberatan nak cerita pasal suami dia.

Jadi, pada masa ini, Claudia hanya menunggu untuk menandatangani surat perceraian mereka dalam tempoh 2 bulan lagi dan selepas itu sahlah bukan lagi suami isteri lagi.


MURAI BATU: Siapakah bintang paling popular 2009?

Sumber: Murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top