Memperoleh undi tercorot iaitu 13.89 peratus berbanding enam peserta lain, keputusan itu membenamkan hasrat Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 22, untuk terus kekal bersaing ke minggu seterusnya di dalam akademi tersebut.
Menyanyikan lagu berjudul Tiara yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Kris, ia tidak cukup memikat hati penonton untuk terus mengundi dan seterusnya mengekalkan Shahir.
''Saya tidak menganggap penyingkiran ini sebagai satu kegagalan, sebaliknya bersyukur kerana pihak akademi telah memberi saya ruang untuk merakamkan sebuah single berjudul Kebahagiaan Dalam Perpisahan.
''Ia adalah hadiah untuk saya terus maju di luar akademi nanti," katanya selepas ditemui sejurus berakhirnya Debaran AF8.
Dengan penyingkiran Shahir, AF8 kini diteruskan oleh Muhd. Shahril Firdaus Eli (Daus), 22, dan Zafarina Jamhari (Farina), 28.
Tidak ketinggalan ialah Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan), 20; Nadiawaty Ainul Basir (Ain), 24; Muhd. Firdaus Maulana Mohamed (Maulana), 22, dan Siti Adira Suhaimi (Adira), 19.
AF8 yang dihoskan oleh Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley itu menampilkan dua pengkritik tetap iaitu Aznil Nawawi dan Adlin Aman Ramlie dengan pengkritik undangan minggu ini, Lah Ahmad.
Antara tenaga pengajar yang berkhidmat untuk AF8 ialah Siti Hajar selaku guru vokal teknikal; Adnan Abu Hassan (guru vokal persembahan); Fatimah Abu Bakar (kaunselor dan guru bahasa Inggeris); Linda Jasmine (guru tarian) dan Que Haidar (jurulatih lakonan).
0 ulasan:
Catat Ulasan