Karen Kong - Bintang Lirik

Bintang...
Pappara rappa... hey hey...
Bintang...
Pappara rappa... hey...

Tak dapat aku lepaskan
Dalam ungu renunganku ke angkasa
Ketika malam tertebar
Bintang menyimbah sinaran

Madah pun berlalu fikiran membisu
Kerana asyik dengan kerdipan sinaranmu
Indahnya waktu itu cahaya tertumpah
Bintang terangi hatiku

Suasana syahdu melambai
Memikat hati kelamku
Intan terbitlah tugas tetap
Pada mimpi daku

Wahai berlian malam muncullah
Hadirmu ketika gelapku
Memikat hati yang berat ini
Lemas sanubari

Bintang...
Pappara rappa... hey...

Tak dapat aku ceraikan
Bukti garis tetap di sudut hatiku
Ada malam yang telah membawa
Sinaran bintang berjuta

Bulan dah dikikis fikiran menentu
Apabila disimbah kerdipan sinaranmu
Indahnya waktu itu cahaya tertumpah
Membanjiri hatiku

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top