Pelajar AF8 yang bernama Nadia Emilia Roselan atau Nad, 21, telah dituduh sebagai pengkid disebabkan perwatakannya yang lasak seperti lelaki. Tohmahan ini diperkuatkan lagi dengan kedudukan Nad yang pernah menjadi ketua pasukan futsal di kampus pengajiannya iaitu di Universiri Multimedia Malaysia (MMU).

Menjawab tuduhan ini, Nad yang ditemui sewaktu hadir ke pejabat murai.com.my berkata tuduhan itu adalah fitnah semata-mata dan ia cukup menyingung hati dan perasaannya.

"Kenapa semua orang mesti cakap saya macam ni. Kalau tengok perempuan yang lagaknya ganas sikit, mesti nak cakap tomboylah, pengkidlah atau macam-macam lagi. Saya ni perempuan, dan saya bukan pengkid tau.

"Kenal saya betul-betul barulah boleh tahu siapa sebenarnya saya ni. Walaupun saya nampak lasak tetapi jiwa dan perasaan saya lembut sama seperti wanita lain," ujarnya.

Selain itu, Nad yang kelihatan akrab dengan Iwan mengakui cukup senang mendampingi jejaka kelahiran Negeri Sembilan itu Iwan hingga ada yang bera nggapan mereka ibarat pasangan kekasihnya di dalam akademi.

"Sebenarnya, saya dan Iwan bukanlah bercinta. Hubungan kita orang macam kawan je. Best friendlah. Kami ni memang ngam bersama. Senang cerita kami ni sekepala. Terus-terang antara banyak-banyak pelajar lelaki lain, saya lebih selesa berkawan dengan Iwan.

"Saya pun rapat dengan Iwan bukanlah sebab dia milik ciri-ciri lelaki idaman saya. Disebabkan saya minat lelaki yang wajahnya mirip kacukan Cina, tak bermakna Iwan tu kekasih saya. Dari mula mula lagi, saya dah senang nak berkawan dengan Iwan. Kalau nak komen sampai mana tahap hubungan saya dengan Iwan, itu saya tak tahu nak cakap.

"Kalau ada jodoh saya dan Iwan tak ke mana. Tetapi, kami tetap akan berkawan walau apa jua sekali pun terjadi. Itu janji saya pada Iwan," jelas Nad.

Di samping itu, bermula dari awal konsert mingguan AF8 sehingga konsert mingguan Nad disingkirkan, Nad sering saja mendapat kritikan negatif dari Adlin Aman Ramlie. Adakah Nad tidak merasai Adlin sememang tak menyukai dirinya itu?

Begitu juga dengan pengetua AF8, Norman Abd Halim yang secara terang-terangan menunjukkan sikap tidak suka kepada Nad.

"Tipulah kalau saya tak terasa dengan teguran dari cikgu Norman. Saya rasa mungkin dia saja buat macam itu untuk menaikkan semangat saya. Sejujurnya, memang ada sampai satu tahap saya dah nak give-up. Tapi bila saya fikir balik, buat apa nak kecewa, saya hanya perlu ambil semua ni secara positif saja. Saya cuba buat yang terbaik setiap minggu. Syukurlah pada konsert akhir saya beraksi, saya dah buat dia sedikit bangga.

"Tentang Adlin pula, saya terimanya dan semua orang boleh kritik atau kutuk ikut suka hati. Saya akui memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Terus-terang, saya memang ada rasa geram dengan Adlin tapi mujurlah dapat nasihat dari cikgu-cikgu. Kalau saya fikirkan sangat,nanti menjejaskan persembahan saya pula," katanya.

Sementara itu, Nad berazam mengikuti jejak langkah senior AF4 iaitu Rich yang kini selesa dengan kumpulan Estranged. Gadis ini akan terus mengejar cita-cita sebagai penyanyi dengan bandnya iaitu The Nadia's yang terdiri dari 4 ahli iaitu 3 lelaki dan seorang perempuan (Nad vokalis).

BERITA DARIPADA MURAI.COM.MY

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top