Akademi Al-Quran musim kelima, AQ5 bakal menampilkan dua hos berpengalaman, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang juga merupakan pemenang kedua AQ3 dan pernah menjuarai Pertandingan Antarabangsa Al-Quran 2009 serta Mohd Zhafran Zainuldin yang juga merupakan adik kepada Ustaz Mohd Zamri Zainuldin. Mereka amat fasih berbahasa Arab.

AQ 5 akan menemui penonton pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam yang sudah pun bermula sejak 8 Januari 2011 yang lalu dan diterajui oleh penerbit Shukri Ibrahim dan penerbit eksekutif Nuraeshah Malik.

Tujuan diwujudkan rancangan ini adalah untuk melahirkan generasi Al-Quran dengan mendedahkan mereka mengenai ilmu pembacaan Al-Quran, menekankan elemen berlagu serta tarannum dan qiraat tertentu dan paling utama adalah menyemarakkan minat penonton terhadap ilmu Al-Quran melalui satu-satunya rancangan realiti berteraskan Al-Quran.

Gambar 10 peserta Akademi Al-Quran musim ke-5:


1. Muhammad Ariff Razali, 15 tahun, Perak


2. Mohd Zakiuddin Hj Hanafi, 16 tahun, Johor


3. Muhammad Shamil Shaikhuddin, 17 tahun, Kelantan


4. Mohammad Najmi Bin Yasak, 19 tahun, Kedah


5. Mohamad Husaini Mahmur, 19 tahun, Negeri Sembilan


6. Muhamad Azlan Syah Zakaria, 20 tahun, Perak


7. Khairul Amin Hj Kassim, 21 tahun, Kedah


8. Muhamad Nasir Mohamad Salleh, 21 tahun, Selangor


9. Suhailah Zulkifly, 22 tahun, Melaka

10. Mohd Syahriansyah Apin, 25 tahun, Sabah

10 peserta AQ5 berpeluang untuk menjalani aktiviti mingguan menarik yang mungkin tidak pernah mereka lakukan sebelum ini seperti bertemu secara peribadi tokoh agama yang dihormati YBhg Tan Sri Hassan Azahari, melawat Les Copaque iaitu syarikat yang bertanggungjawab "melahirkan" kartun animasi terkenal Malaysia iaitu Upin & Ipin dan banyak lagi.

AQ5 12 episod turut menampilkan tiga juri berpengalaman dan pakar di dalam bidang tertentu seperti Ustaz Nazeri Abdullah (qiraat) dan Ustaz Radhi Kamarul Hailan (tarannum) yang sememangnya telah menjadi juri tetap program ini dari musim pertama. Sementara Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar pula merupakan juri baru yang akan memantau tajwid dan fasohah para peserta kelak.

Menariknya musim kelima ini, penonton berpeluang untuk mengenali 10 bakal peserta AQ5 menerusi Nota AQ5 yang akan disiarkan selama tiga minit pada setiap Isnin hingga Jumaat iaitu pada jam 7.57 pagi dan ulangannya pada 10.57 malam. Penonton akan bersama-sama peserta menimba satu pengalaman baru di mana menerusi segmen ini, ia mengupas tentang perkara seharian yang kita lakukan selama ini yang secara tidak langsung memberi kesan di dalam kehidupan harian kita. Contohnya berkaitan pemakanan, pembacaan dan pentafsiran Al-Quran.

Sementara itu, Di Sebalik AQ5 juga turut diperkenalkan pada musim ini dan akan disiarkan selama setengah jam pada setiap Jumaat pada jam 6.30 petang. Menarik tentang Di Sebalik AQ5 ini, penonton dapat melihat gelagat peserta dan juga perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas tarannum, tajwid dan qiraat dan juga perkara-perkara yang berlaku di dalam kelas.

7 ulasan:

  1. Mohd.syahriansyah bin Hj.Apin ...ex SMK AGAMA SANDAKAN SABAH...mantap..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..
    mnurut pndapat sye,pngacara wnita akademi al-quran musim ini sngguh mnawan.. ttapi adalah lbih mnarik dan mnawan lagi skiranya tdung yg anda pkai itu dlabuhkan hnnga mnutupi paras yg spatutnye..arp ade prubahan slepas ini.. tguran yg ikhlas
    wassalam...

    BalasPadam
  3. mohd najmi b. yasak.. kwn saya.. ak doakn kau bjaya.. amin ~ :)

    BalasPadam
  4. tuan fatin dan nuriyah ali
    bdak utara n pantai tmur terbaik!!!!!
    gud luck~

    BalasPadam
  5. assalamualaikum...disini ingin memberi sedikit pandangan.syariat telah mewajibhak kpd semua orang islam menutup aurat....terdapat banyak syaratnya...antaranya jika memakai tudung perlulah dilabuhkan keparas dada.jadi ingin sarankan disini agar pengacara aq5 ni melabuhkan sedikit tudungnya,dan tidak menyanggul rambut terlalu tinggi.nampak sangat over....harap dpt menerima tegiran ini.yg baik dijadikan panduan, dan yang buruk dijadikan sempadan....

    BalasPadam
  6. pembetulan, mewajibhak 2 salah taip yang betul, mewajibkan

    BalasPadam
  7. saya sokong saranan diatas itu.. bagi saya manutup aurat itu hendaklah betul dan sempurna.bukan sekadar mengikut fashion sahaja..

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top