Program realiti mendidik generasi Islamik dan celik al-Quran, Akademi Al-Quran musim lima (AQ5) kembali untuk musim baru menyaksikan peserta wanita tunggal dari Melaka, Suhailah Zulkifly, 22, berjaya mendapat tempat dalam kelompok 10 peserta teratas selepas menjalani sesi uji bakat di beberapa lokasi pilihan di semenanjung Malaysia sepanjang November tahun lalu.
Suhailah berentap dengan sembilan peserta lelaki, Mohd Zakiuddin Hanafi, 16, dari Johor, Muhammad Shamil Shaikhuddin, 17, (Kelantan), Mohamad Husaini Mahmur (Negeri Sembilan), Muhamad Nasir Mohamad Salleh, 21, (Selangor), Mohd Syahriansyah Apin, 25, (Sabah), Mohammad Najmi Yasak, 19, Khairul Amin Kassim, 21, (Kedah), Muhamad Azlan Syah Zakaria, 20, dan peserta termuda, Muhammad Ariff Razali, 15, (Perak).
Sejak Disember tahun lalu, kesemua peserta ditempatkan di kediaman berasrama berkonsep kampung, Riyadh Restu, Kuang, Selangor. Selain bermalam di sana, sepanjang tempoh menyertai program asrama berkenaan dijadikan lokasi peserta mendalami ilmu dan mengadakan pelbagai aktiviti serta riadah.
Suhailah penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika ditemui pada majlis bertemu media di asrama itu baru-baru ini berkata dia tidak berasa janggal walaupun menjadi peserta tunggal wanita menyertai program itu. Walaupun wakil tunggal wanita namun dia tetap ditemani kru produksi wanita yang cukup akrab dan bagaikan adik-beradik.
Menurut Suhailah, seperti peserta lain yang mengambil bahagian menerusi program itu dia juga mahu mendalami ilmu dalam bacaan al-Quran yang menekankan elemen berlagu serta tarannum dan qiraat.
"Penyertaan menerusi program ini memberi ruang kepada saya untuk mempelajari dengan lebih dalam mengenai bacaan al-Quran. Setiap peserta yang menyertai pertandingan ini mempunyai kelebihan masing-masing.
"Walaupun peserta tunggal wanita, ia tidak bermakna laluan saya lebih mudah. Pada saya, semua mempunyai keistimewaan tersendiri. Soal menang atau kalah ialah faktor kedua. Objektif utama saya menyertai program ini untuk mendalami ilmu.
"Sepanjang terbabit dalam program ini saya melalui pelbagai pengalaman menarik. Saya tidak berasa janggal langsung. Setiap peserta saya anggap bagai adik sendiri kecuali Mohd Syahriansyah yang dianggap abang sulung kepada kami semua," katanya.
Peserta termuda, Muhammad Ariff Razali berkata, dorongan kuat keluarga selain keinginan untuk menuntut ilmu membuatkan dia menyahut cabaran menyertai program itu.
Penuntut tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Semi At-Taalim, Manjung, Perak ini berkata, setiap peserta mempunyai objektif yang sama iaitu mendalami ilmu al-Quran.
"Tidak timbul soal bermusuhan antara satu sama lain kerana menyertai pertandingan sebaliknya saya nampak persaingan dalam program ini secara sihat. Penyiaran program ini ternyata memberi ilmu kepada masyarakat untuk meningkatkan bacaan al-Quran.
"Saya sendiri menaruh minat untuk mendalami ilmu agama terutama selepas mendapat bimbingan bapa. Sebelum ini abang dan kakak juga mencuba nasib menyertai pertandingan ini bermula dengan kakak
Munirah (AQ2), Fahmi Ashraf (AQ3) dan Ramadan (AQ4). Secara tidak langsung ia juga memberi dorongan untuk saya terbabit dalam program ini," katanya.
Sementara itu, penerbitnya, Shukri Ibrahim berkata, dia bangga melihat sambutan dari segi penyertaan yang kebanyakan peserta muda. Secara tidak langsung, ia menunjukkan perkembangan positif.
"Setiap peserta diberi ujian untuk membaca beberapa surah pilihan setiap minggu. Bergantung kepada tenaga pengajar yang dilantik. Selain membaca al-Quran peserta juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti riadah.
"Berdasarkan maklum balas yang kami terima ramai dikalangan penonton yang ingin tahu kaedah pembelajaran yang berkesan. Justeru kami juga mempunyai beberapa Ustaz yang bertauliah dan berpengalaman luas dalam bidang ini. Untuk mempelajari asas bacaan al-Quran termasuk dari segi tarannum dan qiraat saya rasa tidak berdepan masalah begitu besar," katanya.
Menurut Shukri peserta dinilai berdasarkan tiga kategori iaitu tajwid sebanyak 30 markah, tarannum (30 markah), qiraat (30 markah) dan 10 markah diambil kira berdasarkan penampilan dan aktiviti sosial yang dijalankan.
Daripada 10 peserta berkenaan hanya empat peserta yang bakal dipilih untuk bersaing di peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Mac ini. Juara bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi, pakej umrah dan replika al-Quran bertatahkan emas.
AQ5 yang mula bersiaran sejak 8 Januari lalu, menampilkan pemenang kedua AQ3 dan pernah menjuarai Pertandingan Antarabangsa Al-Quran 2009, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman serta Mohd Zhafran Zianuldin sebagai pengacara. Program yang disiarkan sebanyak 12 Episod menampilkan juri berpengalaman iaitu Ustaz Nazeri Abdullah untuk bahagian qiraat, Ustaz Radhi Kamarul Hailan (tarannum) dan Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar (tajwid dan fasohah).
Selain program minggu AQ5, penonton juga dapat melihat aktiviti yang dilakukan peserta menerusi program Di Sebalik AQ5 disiarkan setiap Jumaat jam 6.30 petang serta Nota AQ5 yang disiarkan selama tiga minit setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.57 pagi manakala ulangannya jam 10.57 malam.

0 ulasan:
Catat Ulasan