Program realiti  RTM saluran 1, Tiada Lama Tiada Baharu, Satu-Satunya (TLTBSS) dihoskan oleh pengacara sensasi, Azwan Ali dan Didie Alias telah membuka tirainya dengan pelbagai gaya nyanyian dan gelagat persembahan daripada lima peserta pada Jumaat lalu.


Minggu pertama TLTBSS telah dimulakan dengan memperkenalkan tiga peserta sulung iaitu Umar, Fatin dan Shiqal dalam kategori Nyanyian, serta dua lagi peserta menerusi kategori Muka Iras Artis iaitu Baizura seiras Amy Mastura dan Haimi (Mr. Os).


Konsert pada malam itu turut memperkenalkan Datuk Jeffrydin sebagai ikon yang dipertanggungjawab memberikan komen serta kritikan kepada tiga peserta dalam kategori Nyanyian.


Satu-satunya


Penyanyi sepanjang zaman itu juga turut menyerikan konsert pada malam berkenaan dengan sebuah lagu Siti Haida dan persembahannya benar-benar telah membawa semua penonton mengimbau kenangan era 60-an.


Umar adalah peserta pertama yang membuat persembahan pada malam itu. Dia telah mempersembahkan lagu Kenanganku iaitu antara lagu hits Jeffrydin. Lontaran vokal Umar pada malam itu kurang menyerlah dan persembahannya nampak kurang berkeyakinan.


Selain itu, kelincahan Umar ketika menari menampakkan dirinya seperti kebudak-budakkan, mungkin juga disebabkan bentuk tubuhnya yang agak kecil. Kurang interaksi bersama penonton membuatkan persembahan dia malam itu bagaikan tiada arah tuju.


Umar bagiamanapun ditegur Jeffrydin yang mahu dia mengubah cara menyanyinya supaya menyanyi mengikut identiti sendiri dan tidak meniru cara penyanyi asal.


Manakala persembahan daripada Fatin telah mengubah suasana konsert bertukar menjadi suram dan sedih. Mungkin juga disebabkan suasana lagu Seruling Anak Gembala yang dibawakan pada malam itu. Apa yang pasti dia adalah antara yang mempunyai keyakinan tinggi dan membuat persembahan dengan penuh perasaan dan emosi.


Persembahan ketiga daripada peserta Shiqal pula menunjukan yang dirinya seperti seorang penyanyi yang sudah berpengalaman. Selain mempunyai tahap keyakinan yang tinggi Shiqal juga pandai berinteraksi dengan penonton semasa dia membawakan lagu Mas Monah pada malam berkenaan.


Persembahan rancak daripada Shiqal juga berjaya membuatkan penonton terhibur dan bertepuk tangan bersama-sama. Apatah lagi apabila Shiqal mendapat pujian daripada Jeffrydin yang tertarik dengan persembahannya yang dikatakan sangat bagus pada malam berkenaan.


Acara diteruskan dengan persembahan daripada dua orang yang mempunyai iras muka penyanyi Amy Mastura ( Baizura) dan Mr. Os ( Haimi). Selepas Baizura menyanyikan lagu Sha Na Na, dia berpeluang bercakap sendiri dengan penyanyi asal lagu tersebut, Amy Mastura melalui talian telefon yang dibuat terus dari studio malam itu. Terserlah keterujaan Baizura ketika itu yang mempunyai iras Amy cuma gaya rambut dan tubuhnya agak berbeza.


Kelibat Haimi menerusi kategori ini nyata menjadi tumpuan. Wajah dan gaya Haimi saling tak tumpah seperti pelakon Mr. Os. Atas kelebihan itu juga, Haimi mendapat sorakan paling meriah kala tampil kuat.


Semakin bersemarak apabila Mr. Os sebenar pun muncul ketika Haimi membuat persembahan. Malah Mr. Os sama ssekali tidak menyangka wujudnya individu yang begitu serupa dengannya. Gelagat mereka berdua telah membuatkan penonton tidak kering gusi.


Persembahan malam pertama TLTBSS telah diakhiri dengan persembahan daripada penyanyi undangan Alyah yang nampak comel bersama gaun nota muzik.


Keputusan, siapakah yang bakal memenangi kedua-dua kategori berkenaan hanya akan diumumkan pada minggu hadapan dan juga minggu kedua konsert.


Undian pesanan ringkas (SMS) bagi kelima-lima peserta masih lagi terbuka kerana sebanyak 30% adalah undian penonton, 20% dari markah permerhati dan 50% markah daripada ikon setiap minggu.




0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top