Ikon minggu kedua rancangan Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya (TLTBSS), Mas Idayu mengakui memikul satu tanggungjawab yang berat untuk mendidik tiga peserta terpilih.

Bagi Mas Idayu atau lebih mesra dengan panggilan Ayu ini, memberitahu ia bukanlah satu tugas yang mudah memandangkan peserta yang terpilih bukanlah dipilih olehnya.

"Bukan kerja mudah untuk mendidik mereka bertiga ini memandangkan ketiga-tiga peserta itu dipilih oleh pihak penerbit. Saya tak terlibat dalam pemilihan peserta dan mereka yang terpilih juga diletakan di bawah ikon yang ditentukan oleh pihak penerbit. Jadi belum tentu mereka juga meminati muzik ikon tersebut.



"Sebagai ikon, apabila mereka menjadi peserta saya, maka mereka perlu menyanyikan lagu-lagu dangdut. Jadi mereka perlu bersedia memandangkan saya adalah penyanyi dangdut. Satu tugas yang berat untuk memastikan mereka boleh menyanyikan irama dangdut dalam tempoh masa seminggu sahaja," katanya.

Tiga peserta yang dipilih menjadi peserta Ayu ialah Zira, Hadi dan Zana. Tutur Ayu lagi, ketiga-tiga peserta tersebut mempunyai gaya dan lenggok nyanyian tersendiri namun dia mengakui bakat nyanyian irama dangdut masih belum menebal dalam diri mereka.

"Mereka boleh menyanyi lagu balada dan slow rock, tapi belum tentu mereka boleh menyanyi lagu dangdut dengan baik. Apa yang saya perhatikan, mereka boleh dilentur kerana nyanyi lagu dangdut tak sama dengan irama yang lain.

"Dangdut kena ada lembut dan ada lemak dalam nyanyian tapi ketiga-tiga mereka kedengaran agak keras jadi saya perlu mengajar mereka untuk nyanyikan lagu dangdut agar kena dengan gayanya. Bukan nak suruh jadi saya, tapi biarlah gaya nyanyian mereka standing saya," tegasnya yang sebelum ini juga pernah terlibat dalam program realiti Mentor.

Ditanya mengenai kelainan yang akan ditampilkan olehnya berbanding rancangan Mentor, kata Ayu, kedua-dua rancangan berkenaan amat berbeza namun ilmu nyanyian yang diajari kepada peserta sama sahaja.

"Kedua-dua rancangan ini tak sama. Mentor saya didik Black menjadi penyanyi mengikut gaya dan pilihan genre muzik yang dia minati. Tapi di TLTBSS, setiap peserta perlu tampil dengan muzik ikon itu sendiri. Meskipun mereka tak berminat namun mereka perlu bijak dan mahir menguasai genre muzik ikon itu.

"Cara saya mengajar memang saya akui serupa, macam ibu mengajar anak mesti sama. Saya masih mengunakan rotan untuk mengajar agar mereka cepat dapat apa yang saya ajar. Namun apa yang pasti, saya yakin, peserta keluaran program ini mampu berjaya menjadi penyanyi yang baik kerana mendapat bimbingan daripada ikon-ikon sedia ada," katanya ketiga-tiga peserta tersebut akan menyanyikan lagu Cinta 100%, Sengol-Senggolan dan Selangit.

TLTBSS disiarkan setiap hari Jumaat pukul 9 malam di saluran TV 1 dan murai.com.my selaku portal rasmi program tersebut . Sementara itu, Datuk Jeffrydin menjadi ikon minggu pertama TLTBSS. Setiap minggu tiga peserta akan bertanding dengan membawakan lagu ikon masing-masing. Pemenang dari minggu pertama hingga minggu ke- 11, akan bertanding di peringkat separuh akhir yang diadakan pada minggu ke-12 bersama tiga peserta wildcard. Seramai 10 peserta akan terpilih untuk bertanding di peringkat final pada minggu ke-13.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top