Sebuah program baru, Maharaja Lawak (ML) bakal diadakan pada bulan April bagi memberi cabaran kepada pelawak-pelawak keluaran Raja Lawak (RL).

Program baru tersebut memberi peluang kepada kesemua finalis Raja Lawak  dari musim pertama hingga kelima untuk beraksi bagi mempertaruhkan bakat dan kemahiran untuk menghiburkan masyarakat.


Maharaja Lawak akan tampilkan pemenang pertama hingga ketiga bagi kelima-lima musim untuk beraksi di pentas Maharaja Lawak. Kita mahu melihat kehebatan dan kreativiti yang ada pada mereka untuk mencuri hati peminat sedia ada. Kami yakin program ini akan mendapat sambutan yang hangat.

Bakal bersiaran selama lapan sehingga 10 minggu, format ML masih lagi dalam perbincangan dan akan disiarkan di Astro Warna kelak.

Tujuan ML diadakan bagi memberi peluang kepada mereka yang kurang menyerlah untuk kembali bersinar.

"Kita tahu ramai pemenang tempat kedua, ketiga yang selepas RL terus hilang. Jadi saya harap program ini secara tak langsung mengembalikan nama dan diri mereka di persada seni. Ramai peminat yang bertanya mana perginya si A, si B jadi inilah peluang untuk mereka melihat semula pelawak kegemaran mereka untuk beraksi," ujarnya optimis rancangan itu akan berjaya menarik minat penonton.

Ditanya tidakkah sukar untuk menyatukan kesemua pemenang yang rata-ratanya sibuk seperti Nabil, Zizan dan Johan di pentas ML, jelas Nizam, tidak susah kerana idea ini telah lama dirancang.

"Malah kami sendiri sudah menempah mereka untuk bulan April ini. Jadi saya yakin segalanyanya akan berjalan dengan terancang," katanya.

1 ulasan:

  1. 0h yeah ! . aque ck0nx kmpln sph .. G0 SEPAH G0 ! .

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top