Iqram Dinzly beri tempoh sehingga 29 September ini kepada keluarganya untuk mencari seorang wanita sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30 sebelum memutuskan untuk berumah tangga.Ketika usia sedang menuju ke angka 30 tahun, Iqram mula merasakan sesuatu tentang masa depannya termasuk untuk mempunyai anak serta keluarga.Tidak menafikan perasaan bimbang itu sadang menghantui diri, Iqram sedang bekerja kuat mengumpul kekayaan.
Jika sehingga tarikh itu dia tidak berjumpa dengan mana-mana wanita yang dimaksudkan, dia akan menyerahkan kepada ibu dan keluarganya untuk mencari calon pilihan mereka.
"Saya akan masuk umur yang ke 30 pada tahun ini dan sememangnya saya mahu kahwin. Jadi, saya dah beritahu ibu yang saya akan cari calon isteri pada tahun ini juga.
"Kalau ditakdirkan tak ada mana-mana wanita yang sesuai menjadi isteri saya, saya serahkan kepada ibu untuk membuat pilihan," katanya.
Iqram berkata, dia percaya kepada doa dan juga restu ibu walaupun ada kemungkinan calon pilihan itu bukan ciri-ciri wanita yang diidamkannya. Ibunya sudah mempunyai calon iaitu anak kepada kenalan ahli keluarga mereka tetapi Iqram masih belum membuat keputusan mengenai cadangan itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan