Raffamie Karama, 25 atau nama sebenarnya Mohd Raffie Karama menyuarakan keinginan itu ketika penerbit yang juga pemegang kuasa veto program Pilih Kasih, Rosyam Nor sedang menimbang untuk memilih seorang atau dua daripada tiga peserta yang berada di tangga terbawah untuk disingkirkan.
Alasan Raffami menarik diri sukarela kerana berasakan rakan yang berada di tangga terbawah pada minggu keempat Pentas Pilih Kasih iaitu Mira Amnas, Bodt Sharade dan Nur Jannah dianggap jauh lebih baik daripada dirinya. Raffamie kemudian menjelaskan bahawa tindakan untuk keluar daripada program itu kerana menghadapi masalah peribadi.
“Saya tak perlukan pelakon yang lemah seperti awak. Awak bukan pelakon yang saya cari,” kata Rosyam.
“Apa yang dilakukan oleh Raffamie ini di luar jangkaan dan jika dia sudah tidak berminat untuk meneruskan Pilih Kasih ini, tiada sebab untuk saya memaksa dia terus berada dalam program ini,” tegas Rosyam.
Mengulas lanjut tindakan peserta dari Kudat, Sabah itu, ternyata sekali ia sangat mengecewakan Rosyam kerana Raffamie adalah antara peserta yang sentiasa mendapat undian tertinggi pada setiap minggu Pentas Pilih Kasih ini berlangsung.
“Saya tidak perlukan artis yang tidak ada jati diri. Saya amat terkejut dan tidak menyangka bahawa ada di antara peserta Pilih Kasih ini yang mempunyai masalah sedemikian. Kalau saya tahu lebih awal, sudah pasti saya akan menyingkirkan Raffamie tanpa rasa ragu dari minggu yang pertama.
“Tetapi kadang-kala perkara seperti ini memang tidak dapat dielakkan dari berlaku kepada sesiapa sahaja. Hanya tuhan yang tahu apa akan terjadi pada masa depan. Saya harap tidak ada lagi di antara peserta Pilih Kasih ini yang akan membuat keputusan sedemikian hanya kerana tidak tahan atau masalah lain,” katanya lagi.
Selepas ketiadaan Raffamie itu, kini hanya tinggal 12 peserta Pilih Kasih yang masih bertahan dan seterusnya menghadapi cabaran dalam tempoh enam minggu lagi sebelum program ini mencapai ke peringkat kemuncaknya.
Rosyam Nor perlu hormat keputusan org . Jgn cakap suka hati . Jaga perasaan keluarga Raffami. APA DAAAA ??!
BalasPadam