Adele diburu
|
|
PENYANYI baharu, Adele kini memang semakin menjadi rebutan. Hal tersebut bukan satu kejutan kerana Adele memang terkenal sebagai seorang penyanyi berbakat besar.
Seiring dengan dua albumnya yang kini menguasai carta lagu-lagu di Amerika Syarikat, Adele juga menjadi buruan banyak pemuzik yang teringin untuk berkolaborasi dengan penyanyi bersuara ‘besar’ ini.
Salah seorang penyanyi dan pemuzik yang memburu Adele untuk berkolaborasi adalah Alicia Keys.
Ternyata pemburuannya berhasil apabila mereka dijadualkan bakal membuat penampilan bersama dalam sebuah majlis amal yang dikenal sebagai Keep A Child Alive di London. Berita kolaborasi mereka itu telah dibocorkan oleh suami Keys sendiri, Swizz Beatz.
“Sepertinya dia (Beatz) yang menyebarkan berita ini!” ungkap Alicia kepada Splash News selepas berita gembira itu mula tersebar,
Keys turut memberitahu dia merupakan salah seorang pemuja Adele, begitu juga dengan suaminya yang turut mengagumi bakat penyanyi tersebut.
Katanya: “Adele adalah salah seorang penyanyi pujaan kami dan menurut saya dia adalah penyanyi yang istimewa. Dia punya gaya yang sangat cantik.”
0 ulasan:
Catat Ulasan