Amerika Syarikat (AS) memandang berat serangan siber dan bersedia menggunakan tentera terhadap mereka yang terbabit kerana ia dianggap sebagai satu tindakan perang.

Setiausaha Pertahanan, Robert Gates, hari ini berkata, Amerika menganggap serangan siber sebagai satu ancaman

Beliau juga memberi jaminan kepada sekutunya di Asia bahawa AS akan melindungi laluan laut dan akan mengekalkan kehadiran pasukan tentera yang kuat di rantau itu, walaupun menghadapi kekangan bajet dan perang yang berterusan di Iraq dan Afghanistan.

"Kita memandang serangan siber sebagai ancaman serius dan kita melihatnya daripada pelbagai sumber, dan bukan kepada satu negara sahaja''

''Kita boleh mengelak tekanan antarabangsa yang serius pada masa depan jika kita boleh mewujudkan beberapa undang-undang secepat mungkin bagi melaksanakan tindakan termasuk tindakan perang," kata Gates ketika di mesyuarat keselamatan di Asia,'' katanya pada Dialog tahunan di sini. - Reuters

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top