Blazid Squad telah tersingkir pada minggu ketujuh program realiti tarian, Showdown 2011. Kumpulan Blazid Squad nyata pasrah dan akur apabila menerima keputusan tersebut.

Showdown 2011:Blazid Squad

Ketua kumpulannya, Shakirin Razik Shariff memberitahu, keputusan penyingkiran itu sememangnya sudah diramal memandangkan telah empat minggu mereka berada di kedudukan empat yang terendah.

"Kami menerima keputusan penyingkiran tersebut dengan hati yang terbuka. Kami dapat rasa akan tersingkir sebab dah empat minggu kami mendapat undian terendah dan terpaksa memasuki pusingan battle.

"Mungkin dah tak ada rezeki kami jadi kami tak akan putus asa untuk membentuk menjadi sebuah kumpulan tarian yang terbaik," katanya kepada portal murai.com.my.

Ditanya apakah faktor utama penyingkiran mereka kata Shakirin, teknik tarian yang kurang kemas dan tidak teratur antara sebab utama mereka tersingkir.

"Kami ada kekurangan yang kami dapat lihat antaranya teknik tarian kami ada yang tidak kemas dan sama. Mungkin, itu antara sebab kami tersingkir kerana penonton dan juri dapat melihatnya dengan lebih jelas berbanding kami yang menari ini," katanya lagi.

Meskipun tersingkir, jelas Shakirin, Blazin Squad tidak akan sesekali putus asa dan masih berminat untuk mencuba nasib di pertandingan realiti tarian tersebut pada tahun hadapan.

Dengan penyingkiran kumpulan yang berasal dari Perak itu, ia membuka ruang kepada 5 lagi kumpulan yang lain iaitu Panic, Bounce Stepperz , HMC Phlow , Elecoldxhot dan Rokusteps untuk bergelar Juara Showdown 2011 Musim Kedua, sekaligus bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM 50,000.

Dikendalikan oleh Hafiz Hatim selaku pengacara, Showdown 2011 telah pun berlangsung di ruang Terbuka, i-City, Shah Alam, Selangor pada setiap Rabu jam 9.30 malam dan turut disiarkan secara langsung menerusi saluran 8TV.

~ Murai

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top