Buat julung kalinya, Anuar Zain yang merupakan penyanyi lelaki tersohor tanahair akan mengadakan persembahan di Menara Kuala Lumpur bersempena dengan 'Up, Close & Personal' @ Menara Kuala Lumpur. Acara ini akan turut dihiburkan dengan celoteh pelakon popular Afdlin Shauki, selaku pengacara pada majlis tersebut.

 

Para peminat Anuar Zain bakal menyaksikan persembahan hebat dan eksklusif beliau pada 15 dan 16 Julai 2011 di Mega View Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur dari ketinggian 288 meter. Majlis makan malam eksklusif ini di adakan bersempena dengan sambutan Festival Kuala Lumpur yang diraikan sepanjang bulan Julai.

 

" 'Up, Close and Personal @ Menara Kuala Lumpur' adalah acara yang memberi ruang kepada para peminat untuk menyaksikan persembahan artis pujaan mereka secara peribadi dengan lebih rapat dan mesra," kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

 

"Kami memilih Anuar Zain sebagai artis lelaki pertama mengegarkan 'Up, Close &  Personal' ini kerana beliau merupakan di antara artis lelaki yang terbaik buat masa kini dengan populariti dan aura beliau  yang tersendiri. Di samping itu juga, para peminat Anuar Zain  berpeluang  menyaksikan keindahan panorama 360 darjah Kuala Lumpur sambil dihiburkan dengan alunan muzik dan suara penyanyi pujaan ramai ini."

 

Harga untuk menyaksikan persembahan hebat ini bermula dari RM500.00 seorang. Ianya terhad kepada 250 orang tetamu yang terawal membeli tiket bagi setiap hari tersebut. Di samping berhibur, tetamu juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah daripada produk kecantikan berjenama bernilai RM5,000.00 secara keseluruhannya.

 

Kepada semua wargakerja Telekom Malaysia, Rakan-rakan Niaga dan para peminat Anuar Zain yang ingin membuat tempahan dan menyaksikan persembahan eksklusif beliau bolehlah menghubungi Aishah di talian 019-2624987 atau emel aishah@menarakl.com.my, Tan Poh Im (013-3331222) atau emel tanpohim@menarakl.com.my atau menerusi talian umum 03-2020 5444/03-20205499.






 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top