Seandainya ianya menjadi kenyataan, anak perempuan kepada Datuk Chef Wan ini mengakui kehadiran bayi kedua itu nanti menjadi pelengkapan kepada rumahtangganya bersama Gavin Edward O'luanaigh nanti.
"Saya bersyukur dan gembira apabila diberitahu oleh doktor bahawa bayi yang sedang saya kandungkan ini adalah perempuan. Teruja sangat kerana sebelum ini saya telah pun mempunyai anak lelaki jadi kira sepasanglah cahayamata saya nanti. Suami saya juga turut gembira dengan berita tersebut dan tak sabar menanti orang baru dalam kehidupan kami," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2011 di Hotel Crowne Plaza, petang kelmarin.
Tidak mengalami sebarang alahan untuk kandungan kedua ini jelas Serina, bayi tersebut dijangka dilahirkan pada bulan Januari kelak.Malah, dia bersyukur rezekinya semakin mencurah-curah setelah mengandungkan cahayamata kedua ini.
"Alhamdulillah sejak mengandungkan anak kedua ini rezeki saya semakin mencurah-curah. Saya ditawarkan menjadi duta produk kesihatan untuk wanita mengandung dan selepas bersalin.
"Selain itu menerusi syarikat produksi saya Yks Film Maker Sdn. Bhd, juga akan terbitkan drama bersiri untuk RTM serta sebuah program 13 episod mengenai penjagaan wanita sebelum dan selepas bersalin," ucapnya penuh teruja.
~ Murai
0 ulasan:
Catat Ulasan