Anak Aaron Aziz berlakon filem
Aaron Aziz mengakui penglibatan anak keduanya, Dwi Ariana, 6, dalam bidang lakonan adalah secara tidak sengaja apabila mengantikan salah seorang watak kanak-kanak untuk filem pertama arahannya, Romeo Kota.

Tambah Aaron, dia melihat Dwi Ariana mempunyai bakat tersendiri dan mudah menghafal skrip serta dapat menghayati watak yang diberi kepadanya.

"Saya tidak menghalang, mahu pun mengalakkan anak-anak mengikut jejak langkahnya menceburi bidang lakonan, tapi kalau itu yang mereka pilih saya hanya memberi dorongan.

"Pada awalnya Dwi Ariana menjadi penyelamat saya apabila salah seorang pelakon tambahan kanak-kanak tidak dapat hadir, dan saya memujuk dia untuk mengantikan tempat pelakon itu," ujarnya.


Aaron mengakui sering memberi pendedahan kepada tiga anaknya iaitu Danish Anaqi, 8, Dwi Ariana, 6 dan Dahlia Arissa, 2 tahun, apabila sering membawa mereka ke lokasi penggambaran.

"Jika dari pemerhatian saya, ketiga-tiga mereka ada bakat tersendiri tapi yang lebih menonjol setakat ini adalah anak kedua saya.

"Baru-baru ini juga dia ditawarkan berlakon untuk Disney Land cerita Princess Fiona dan dia perlu menggunakan dua bahasa iaitu Inggeris dan bahasa Melayu.

"Saya lihat dia bersungguh-sungguh menghafal skrip dalam bahasa Melayu itu kerana bahasa Melayu dia agak teruk dan dia berjaya buat dengan baik," ujarnya.

Jelas Aaron, dia turut mengajar anaknya mencari duit sendiri bagi mendapatkan apa yang mereka mahu.

"Dia minta saya beli beg jenama Miu Miu, tapi saya tidak belikan kerana agak mahal, dan dia minta saya duit berlakon itu untuk beli beg itu," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top