Rancangan hiburan berbentuk 'prank' iaitu Frust Gila akan bersiaran 27 Mei nanti di saluran Astro Warna setiap Isnin pukul 10.30 malam.

Mula-mulaada sasaran ditentu berdasarkan maklumat daripada seorang dalang, sasaran kemudiannya diberikan satu ujian dan dijanjikan hadiah lumayan. Pada akhir setiap episod barulah semuanya dijelaskan bahawa dirinya telah dipermainkan. Kecewa atau tidak, itulah konsep yang akan disaksikan dalam sebuah program baharu yang diberi judul Frust Gila.

Secara kasar, Frust Gila tak ubah seperti Wakenabeb, Kan Dah Kena, Bang Bang Boom dan Terkono yang pernah disaksikan sebelum ini. Pendekatan Frust Gila seperti mengitar semula adegan dalam Kandid Kamera, Punkd dan Just For Laugh dari luar negara.



"Memang ia kedengaran sama dengan program Wakenabeb atau sebagainya tapi kelainan program ini ialah kami menjanjikan hadiah lumayan seperti percutian mewah di luar negara.

"Kami buat macam sebuah gameshow yang betul-betul. Tiga orang peserta akan bersaing pada setiap episod dan seorang daripada mereka akan mara ke peringkat akhir. Apabila sudah menang, barulah kami sebagai hos sebenar program itu akan keluar daripada persembunyian. Maka terbongkarlah bahawa semua permainan dan hadiah itu gurauan semata-mata. Yang pasti, kami nak dengar perkataan 'frust gila' dijeritkan oleh mulut pemenang tadi," ujar Ray sambil ketawa.

Penyampai slot JOHARA di radio Era itu tidak hadir sendirian. Kelibat Ray atau nama sebenarnya Shah Reza Mohd. Shah, 34, tidak lengkap tanpa Haniff, 29. Sementelah Haniff wajah wajib dalam Frust Gila yang akan sama-sama membuat onar dan mengenakan dan menghancur impian pemenang dalam program itu.

1 ulasan:

  1. bulewrh larr.tpi soxmo kene ke artis.wak kene ke budop malaysia lop.........

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top