Sinopsis Teater Nyonya
Nyonya mengisahkan wanita kaya yang digelar Nyonya harus `berperang' dengan Tuan iaitu seorang pedagang barang antik yang mempunyai pelbagai muslihat. Tuan berkali-kali berkunjung ke rumah Nyonya.
Pelbagai cara dan muslihat digunakan untuk mendekati Nyonya lebih-lebih lagi selepas mendapat tahu suami Nyonya yang sudah tua terlantar di rumah sakit akibat barah lidah. Muslihat terakhir Tuan adalah mengatakan lutut Nyonya akan membengkak dan berdarah jika Nyonya terus berdiri. Lalu dia mahu Nyonya duduk dan berbaring bersamanya di atas katil.
Pada masa sama, Nyonya sering didatangi tiga anak saudara perempuan sebelah suaminya yang menuntut harta. Mereka menggunakan pelbagai helah untuk mendapatkan harta berkenaan.
Teater Nyonya & The Gang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) di Kuala Lumpur, dari 14 hingga 20 Jun depan di bawah arahan Rosminah Mohd Tahir.
NYONYA THE GANG
The Gang adalah kumpulan karyawan seni yang mempromosi gaya hidup sihat melalui kegiatan seni. Mereka merangkumi pelbagai peringkat usia yang mampu menari, berlakon dan menyanyi.
Mereka mengetengahkan konsep lakonan, tarian dan nyanyian dalam usaha berkempen, memberi teguran dan mempromosi produk yang memberi faedah kepada masyarakat.
Contohnya, mereka menegur cara hidup rakyat Malaysia yang tidak sihat dari segi pemakanan sehingga menjadi obes dan tidak mempunyai perancangan mengurangkan berat badan.
Sikap tidak mahu mengeluarkan sebahagian wang untuk membeli produk kesihatan juga ditegur. Mereka memperkatakan mengenai kecenderungan rakyat Malaysia yang lebih menyukai perkara tidak sihat seperti berlibur di disko, makan lewat malam dan mengamalkan seks bebas.
The Gang juga menasihatkan wanita dan individu yang sukakan kecantikan supaya tidak terpengaruh dengan produk berbahaya hanya kerana mahu cantik.
Konsep persembahan secara muzikal ini menampilkan lima lagu yang dicipta oleh Datuk Suhaimi Mohd Zaid, manakala lirik dihasilkan Siti Rohayah. Mereka akan tampil dalam pelbagai gaya iaitu retro, bersukan dan santai.
Tiket untuk menonton Nyonya & The Gang berharga RM35, RM55, RM85 dan RM155 boleh ditempah menerusi ejen tiket www.AirAsiaRedTix.com atau hubungi 017-8716060 dan 012-2977220 untuk keterangan lanjut.

Naskah Nyonya ditulis oleh Wisran Hadi manakala The Gang pula adalah karya baru yang ditulis oleh Siti Rohayah Attan.
Fanpage: www.facebook.com/NyonyaTheGang
Fanpage: www.facebook.com/NyonyaTheGang
Tiket untuk menonton Nyonya & The Gang berharga RM35, RM55, RM85 dan RM155 boleh ditempah menerusi ejen tiket www.AirAsiaRedTix.com atau hubungi 017-8716060 dan 012-2977220 untuk keterangan lanjut.
0 ulasan:
Catat Ulasan