Fair & Lovely akan menayangkan siri realiti baru, Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely di TV9 pada 27 Mei, 7.30 malam.
Produk kecantikan Fair & Lovely menyediakan platform bagi gadis-gadis Malaysia untuk membantu gadis-gadis mencapai impian kerjaya mereka. Siri drama realiti ‘Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely’ menampilkan sepuluh orang gadis dari pelbagai latar belakang .
Produk kecantikan Fair & Lovely menyediakan platform bagi gadis-gadis Malaysia untuk membantu gadis-gadis mencapai impian kerjaya mereka. Siri drama realiti ‘Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely’ menampilkan sepuluh orang gadis dari pelbagai latar belakang .
Seramai sepuluh orang gadis telah dipilih berdasarkan dedikasi, kesungguhan dan semangat yang membara untuk mencapai aspirasi mereka. Gadis-gadis ini akan dibimbing oleh mentor masing-masing yang berpengalaman berdasarkan industri yang ingin diceburi oleh para gadis ini. Mentor-mentor ini terdiri daripada penyampai radio Hot FM, Kieran; artis mekap selebriti, Najeeb Azami; Pengarah Pemasaran Pavilion Kuala Lumpur, Kung Suan Ai; penerbit rancangan bual bicara pagi di ntv7, Intan Noorbaizura; dan pakar kulinari selebriti Malaysia, Chef Zam.
Perjalanan gadis-gadis ini pastinya satu perjalanan yang bukan hanya dikenali semua, malah turut mencetus inspirasi penonton untuk mencapai impian mereka. Tambahan pula, rancangan ini akan menjadi platform berinformatif untuk penonton memahami perspektif dengan lebih mendalam di industri yang dipilih. Dihoskan oleh Sazzy Falak dan Hafiz Hatim. Saksikan drama realiti TV ini pada 21 Mei, setiap hari Isnin jam 7.30 malam di TV9 selama lima minggu dan episode finale akan disiarkan pada 1 Julai dari jam 7.00 malam hingga 8.00 malam.
Layari laman Facebook Fair & Lovely Malaysia di https://www.facebook.com/fairandlovelymalaysia untuk maklumat lanjut tentang para peserta Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely serta berita terkini mengenainya.
Jom sama-sama saksikan bagaimana Fair & Lovely merealisasikan impian 10 gadis ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan