Sinopsis drama Miss Aaliyah

Miss Aaaliyah mengisahkan Sara, Maya dan Aiman yang dibesarkan oleh bapa mereka, Shafiq selepas kematian isteri. Kesibukan Syafiq menguruskan perniagaan membuatkan dia begitu memerlukan khidmat pembantu rumah merangkap guru tuisyen untuk anak-anaknya.

Oleh itu, muncul Miss Aaliyah yang juga sangat terdesak untuk mendapatkan pekerjaan itu demi untuk membuktikan kepada bapanya bahawa dia boleh berdikari walaupun seorang anak gadis manja. Apapun, persoalannya berjayakah Miss Aaliyah menghadapi kerenah harian Sara, Maya dan Aiman yang nakal?



Dugaan gadis manja cuba berdikari

Terlalu dimanjakan bapanya membuatkan Aaliyah yang sudah mencecah usia pertengahan 20-an tidak mampu hidup berdikari. Biarpun dia dihantar mengikuti pelbagai kursus untuk membimbing diri, namun tidak dilakukan Aaliyah sebaik mungkin. Semuanya hanya separuh jalan saja.

Justeru, bimbang dengan nasib Aaliyah yang terlalu bergantung pada orang lain membuatkan bapanya terpaksa bersikap tegas. Lebih-lebih lagi, apabila Aaliyah yang memeliki ramai teman lelaki masih lagi tidak dipinang orang gara-gara dia tidak pandai melakukan kerja rumah.

Mengharapkan perubahan positif dalam diri anak gadis kesayangan menyebabkan bapanya mencabar Aaliyah untuk berusaha sendiri mencari pekerjaan tanpa bantuan sesiapa. Bahkan, secara tidak langsung dia perlu berdikari.

Oleh itu, demi membuktikan dirinya seorang anak yang berguna, Aaliyah tanpa jemu dan sedaya-upaya berusaha mencari kerja sesuai mengikut taraf pendidikannya. Sayangnya, Aaliyah tidak bernasib baik kerana dia gagal meyakinkan orang untuk mengambilnya bekerja.

Apatah lagi, Aaliyah tidak memiliki sebarang sijil yang mengiktiraf kelayakan dirinya serta mempunyai pengalaman kerja. Bagaimanapun, suatu hari Aaliyah ternampak iklan untuk kerja kosong sebagai guru tuisyen dan pembantu rumah.

Oleh itu, demi memenuhi janji membuktikan dirinya mampu hidup berdikari, Aaliyah nekad mencuba nasib. Dia bertemu dengan Shafiq, seorang usahawan kaya yang kematian isteri tetapi mempunyai anak masih kecil.

Apapun, sikap Aaliyah yang sukakan kanak-kanak mampu meyakinkan Shafiq dan akhirnya kerja itu menjadi miliknya. Bahkan, nasib Aaliyah bertambah baik selepas dia menemukan buku panduan penjagaan anak yang ditinggalkan arwah isteri Shafiq.

Mampukah Aaliyah menjadi seorang guru tuisyen dan pembantu rumah yang baik? Adakah dia juga berjaya melayan segala kerenah anak-anak Shafiq yang nakal itu? Apakah Aaliyah juga akan jatuh hati kepada Syafiq?

Semua jawapannya ada di dalam telefilem Miss Aaliyah lakonan hebat Nelydia Senrose, Rashidi Ishak, Mia Sara Nasuha dan Rykarl Iskandar yang akan disiarkan di Astro Ceria (saluran 611), awal Mei ini.

PELAKON: Nelydia Senrose sebagai (Aaliyah), Rashidi Ishak (Shafik), Mia Sara Nasuha (Sara/ Maya),Rykarl Iskandar (Aiman), Azlee Khairi (Azlan) dan Faradhiya (Shaz)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top