Sinopsis Vehicle 19

Vehicle 19 mengisahkan seorang warga Amerika Syarikat, Michael Woods juga bekas banduan yang baru dibebaskan selepas dipenjara 18 bulan. Michael kini mencari kekasihnya di Johannesburg, Afrika Selatan.

Sebaik tiba di lapangan terbang, Michael menyewa kereta untuk menemui kekasihnya di kedutaan Amerika Syarikat namun konflik bermula sebaik dia diberikan kereta sewa yang salah.

Van dipandu Michael yang diberikan oleh syarikat kereta sewa itu sebenarnya menyembunyi satu konspirasi yang akhirnya menjerat segala perancangannya.

Michael menjumpai sepucuk pistol dan telefon bimbit di dalam van berkenaan sebelum terkejut apabila menjumpai seorang wanita, Rachel Shabangu lakonan Naima McLean dalam keadaan terikat di belakang van itu.

Apa yang berlaku? Michael keliru dan tidak menyedari dirinya sudah terperangkap dalam satu konspirasi berprofil tinggi dalam pentadbiran kerajaan Afrika Selatan yang menyebabkan nyawanya terancam.

Rachel adalah individu bertanggungjawab dalam satu kes perbicaraan berhubung kes rasuah pihak polis yang dia berjaya membongkar penyelewengan Ketua Polis Johannesburg.

Disebabkan itu, polis memburunya dan mahukan Rachel mati supaya rahsia jahat itu tidak terbongkar dan kini Rachel tersadai bersama Michael tanpa disengajakan. Pada masa sama, rekod Michael sudah diketahui polis, dia melanggar undang-undang Amerika Syarikat apabila pergi ke luar negara dalam tempoh parol penjara.

Apa patut mereka lakukan? Michael kini terkandas dalam masalah ini dan tidak berjaya menemui kekasihnya terpaksa menolong Rachel daripada diburu dan pada masa sama perlu membersihkan namanya.

Susunan plot ceritanya begitu menarik dengan sinopsis berbeza dan tersendiri. Vehicle 19 adalah naskhah aksi diangkat dari perspektif suspen dan kejar mengejar selain berunsur politik dan konspirasi dijadikan konsep asal.

Vehicle 19 Official Trailer

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top