Perkampungan Warna-Warni Belia Malaysia
Festival Belia Putrajaya 2013 akan berlangsung pada 23 hingga 26 Mei ini dan seluruh rakyat khususnya belia negara ini dijemput hadir ke Putrajaya bagi memeriahkan pelbagai acara sepanjang pesta terbabit.
Festival Belia Putrajaya 2013 anjuran Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan pelbagai aktiviti seni, sukan dan riadah diadakan bermula pagi hingga lewat malam setiap hari.
Segmen Perkampungan WarnaWarni Belia Malaysia akan berlangsung di hadapan Bangunan Perbendaharaan Presint 2, Putrajaya dengan pelbagai persembahan kebudayaan, termasuk tarian Melayu, Cina dan India, di samping persembahan gendang dan apresiasi puisi.
Festival Belia Putrajaya 2013 bertemakan Berhibur Sambil Belajar itu termasuklah Simfoni Muzik Tradisional pada 23 Mei jam 9 malam, manakala Tarian Cina, demonstrasi Paluan Gendang, Mak Yong dan Malam Kenduri Puisi (24 Mei).
Pengunjung berpeluang berdikir bersamasama penggiat seni profesional menerusi sesi Dikir Barat Kreatif pada 25 Mei dan tirai segmen itu akan ditutup dengan persembahan artis popular menerusi Dikir Karoot Komedia pada 26 Mei jam 4 petang.
Semua persembahan diadakan secara percuma untuk orang awam, manakala pertanyaan lanjut hubungi Ketua Penerangan Hasnul Fairuz Hushin Amri di talian 03-91732761, faksimile 03-91732759 atau emel ke mbm@belia.org.my.
0 ulasan:
Catat Ulasan