Siti Rohkhaida Abdul Kalil atau lebih dikenali sebagai Kiah Propa, kini mengembangkan kerjaya sebagai pengacara dan pelakon.
Langkah Siti Rohkhaida atau Rock dalam dunia seni bermula secara tidak sengaja. Sejak membantu produksi Gitu Gitu Apek Raya membawakan watak penjual tembikai, bakat Rock mula menjadi perhatian.
`Jenama' Kiah Propa pula tercetus apabila dia muncul dalam program Geletek. Populariti itu kekal apabila dia digandingkan pula bersama Ikhwan Hot FM mengendalikan program gosip Galaksi.
Membawa imej Kiah Propa ternyata bukan mudah bagi ibu kepada seorang cahaya mata berusia lima bulan ini. Rock sedar ramai tidak menggemari karakter Kiah Propa. Namun, perkara itu langsung tidak meninggalkan bekas di hati wanita kelahiran Perak ini. Bagi Rock, dia hanya melunaskan tanggungjawabnya kepada stesen tempat dia mencari rezeki.
Biarpun ramai yang membenci, imej Kiah Propa turut membawa rezeki kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam ini. Beberapa penerbit turut menyunting dia menjadi pelakon berkat kekuatan nama Kiah Propa.
Terbaru, dia dilamar membintangi teater Nyonya The Gang, yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) di Kuala Lumpur, dari 14 hingga 20 Jun depan di bawah arahan Rosminah Mohd Tahir.
Asalnya, watak isteri kepada orang kaya dalam teater itu milik pelakon, Rozita Che Wan. Tapi Che Ta menolak. Jadi saya pengganti menghidupkan watak itu.
Saya tidak kisah dilabel pilihan kedua sebagai orang baru, saya tidak boleh demand. Walaupun peranan diberikan kecil, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menghidupkan watak itu agar ia meninggalkan kesan kepada penonton, katanya.
Rock berkata, tunjuk ajar Rosminah banyak membantu menyesuaikan diri dengan pementasan Nyonya The Gang.
Tunjuk ajar pengarah sangat membantu terutama bagi orang baru seperti saya. Rosminah seorang yang tegas di set tetapi sangat profesional.
Walaupun sebelum ini saya pernah berlakon dalam teater muzikal Teratak Minang, debaran kali ini lebih dirasakan. Ini kerana naskhahnya bersifat komersial membabitkan nama besar seperti Misha Omar, Amy Mastura dan Fara Fauzana, katanya yang akan menggunakan loghat Perak dalam pementasan itu.
Menurut Rock, pada mulanya dia yang membawakan watak isteri kepada Taiyuddin Bakar diminta menggunakan bahasa Indonesia. Namun, Rock menyuarakan hasrat untuk menggunakan loghat Perak supaya pementasan itu tidak dilihat terlalu serius dan dipersetujui Rosminah.

0 ulasan:
Catat Ulasan