Jamal Abdillah ingin kahwin tahun depan

Raja Pop, Jamal Abdillah menyatakan hasratnya untuk kembali mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya pada tahun hadapan memandangkan dia sudah berusia 54 tahun pada tahun ini.

Jelasnya, kegagalan perkahwinan terdahulu tidak pernah mematahkan hasratnya untuk memiliki sebuah keluarga yang lengkap dan bahagia.


"Seperti orang lain, saya juga berhasrat untuk mencari seorang wanita yang sesuai sebagai peneman hidup pada masa hadapan," katanya.

Jamal bakal mengadakan sebuah konsert ekstravaganza yang menyaksikan beliau menyanyikan sebanyak 35 buah lagu-lagu popular Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bertempat di Istana Budaya dari 31 Mei sehingga 2 Jun ini.

Bagi yang berminat, tiket-tiket berharga RM108, RM208, RM308, RM408 dan RM458 boleh didapati di kaunter Istana Budaya atau ditempah di laman www.ticket2u.biz. - UTUSAN ONLINE

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top