Roasters Health Watch 2013 (RHW 2013) 
8 pesaing yang terdiri daripada selebriti dan peminat masing-masing akan berentap untuk menyahut cabaran dalam program Roasters Health Watch 2013 (RHW 2013) yang diadakan jenama makanan terkemuka, Kenny Rogers Roasters (KRR).

Selebriti yang terdiri daripada Megan Tan, Azura Zainal, Amran Ismail dan Christopher Lay akan melakukan cabaran berkaitan kesihatan untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih baik melalui senaman dan diet selama lapan minggu.

Semua selebriti berkenaan akan dicabar lawan mereka iaitu peminat sendiri yang terdiri daripada Chan Mun Choy, Hidayat Masduki, Hazimah Md Sidik dan Sri Devi Muniaya.

Pada tahun ini, RHW 2013 akan memenuhi aktiviti berbentuk sukan untuk menggalakkan peminat bersaing dengan selebriti dalam cabaran yang berkaitan dengan komitmen mereka terhadap kesihatan.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd, Zulkifli Jafar, objektif utama program berkenaan adalah untuk menggalakkan semua orang melakukan perubahan ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Kami mahu semua orang menjadi sihat. Justeru, program ini menjadi salah satu platform untuk menggalakkan lebih ramai lagi orang membuat perubahan dengan menjalani aktiviti lebih sihat dalam kehidupan mereka.

Walaupun anda seorang selebriti yang sentiasa menjadi perhatian orang ramai, anda juga boleh membuat perubahan menjadi lebih sihat selagi minda masih fokus untuk berubah, katanya.

Menerusi aktiviti berkenaan setiap peserta akan disediakan dengan hidangan makanan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Seorang pakar dan perunding pemakanan akan menyediakan program diet berdasarkan tahap kecergasan serta keperluan setiap peserta.

Diet itu terdiri daripada satu set cadangan pengambilan makanan praktikal untuk masyarakat Malaysia secara purata yang turut menggabungkan sajian KRR ke dalam senarai hidangan yang disediakan.

Rutin kecergasan lain akan dijalankan di Sports Toto Fitness Centre. Setiap peserta akan menghadiri program latihan peribadi khas seminggu sekali.

Bukan itu saja, malah mereka juga perlu menghadiri sekurang-kurangnya dua kelas senaman secara berkumpu lan setiap minggu.

Saya tidak sabar hendak menunggu untuk memulakan diet dan rutin ke cergasan. Saya akan luangkan masa untuk bersama dengan rakan selebriti yang lain bagi memenangi pertandingan ini.

Kami mahu jadi pasukan yang memberi saingan hebat kepada pasukan peminat, ujar Megan Tan penuh yakin.

Perkembangan setiap peserta akan dipantau dengan teliti sepanjang cabaran itu berlangsung. Mereka akan diadili mengikut disiplin dalam mengikuti program yang disediakan, indeks jisim tubuh (BMI), peratusan lemak dalam badan dan nisbah ukuran pinggang ke pinggul yang akan dibandingkan dengan kiraan sebelum program berlangsung.

Program berbentuk kesihatan yang akan berakhir pada 3 Julai depan itu juga mewajibkan setiap peserta menjalani latihan tambahan secara individu.

Sekiranya peserta berjaya mengharungi semua cabaran berkenaan, mereka bakal berpeluang membawa pulang hadiah menarik daripada jenama KRR, Sports Toto Fitness Centre, Brooks dan Takasima bernilai lebih daripada RM31,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai program berkenaan, layari www.krr.com.my atau www.facebook.com/KRR.My.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top