Shah Jaszle Dakwa Diperangkap

“Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah.

"Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti," tegasnya.

Demikian menurut pelakon Shahrizal Jaszle di dalam laporan MStar Online, pada Selasa.

Menurut laporan Mstar Online lagi, Shah Jaszle percaya dirinya tidak bersalah kerana semasa kejadian itu dia tidak berdua-duaan sebaliknya bersama lima orang lain ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan.

Sementara itu Shah Jaszle turut memberitahu selepas diikat jamin, dia terus mengumpulkan keluarganya serta keluarga pihak tunangnya, Redzwani Puteri, 25, untuk menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Menurutnya lagi, kedua-dua pihak keluarga selepas mendengar penjelasan turut merasakan kejadian tersebut sebagai satu perangkap.

Pada 16 Mei lalu, Jais dalam satu kenyataan medianya mengesahkan telah menahan Shahrizal atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, pada pukul 3.30 pagi.

Penahanan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 selepas Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu menerima aduan daripada pihak awam berhubung kegiatan berkenaan.

Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top