Tiga pakej pilihan untuk pelanggan HYPPTV

Telekom Malaysia Berhad (TM), melalui perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah - HyppTV - memperkenalkan tiga (3) pakej nilai tambah terbaru yang menghimpunkan saluran Sukan, Hiburan, Asia, Edutainment - dinamakan sebagai HyppTV Mega Pack, HyppTV Sports Package dan HyppTV Platinum Pack, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan perkhidmatan IPTV yang kian bertambah.

Ini adalah penambahan kepada himpunan pakej saluran yang ditawarkan oleh HyppTV selepas HyppTV Ruby Pack yang telah dilancarkan pada Januari 2013 serta HyppTV Platinum Pack yang diperkenalkan tahun lalu.

Mengulas mengenai penawaran pakej terbaru daripada HyppTV, Naib Presiden, Operasi Perniagaan dan Media, New Media, TM, Emily Wee, berkata HyppTV terus lebih hangat dan menarik pada tahun ini.

Meneruskan sambutan ulang tahun ke-3 perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM yang menggunakan jenama UniFi pada Mac lalu, kami kini menawarkan HyppTV dengan 3 pakej saluran menarik terbaru, iaitu HyppTV Mega Pack, HyppTV Sports Pack dan HyppTV Platinum Pack yang baru. Ini adalah bukti usaha berterusan kami dalam memenuhi kehendak dan pilihan penonton, baik kandungan berbentuk hiburan, edutainment mahupun sukan pada harga serendah RM30 sebulan. Kami tetap berpegang teguh kepada komitmen kami untuk menyediakan pelanggan kami dengan lebih nilai dan pengalaman tontonan yang dipertingkatkan untuk seisi keluarga anda, katanya.

HyppTV Mega Pack

HyppTV Mega Pack adalah kombinasi HyppTV Platinum Pack dan HyppTV Ruby Pack, terdiri daripada 47 saluran HyppTV, termasuk 8 saluran Video On Demand (VOD) dan 12 saluran berdefinisi tinggi (HD), pada harga RM50 sebulan. Bertemakan 'keluarga', pakej ini menghimpunkan saluran HyppTV dengan kandungan berbentuk Hiburan, Gaya Hidup, Edutainment dan Berita, menjadikannya sebuah pakej yang lengkap untuk seisi keluarga (rujuk grafik).

HyppTV Sports Pack

HyppTV Sports Pack menghimpunkan 12 saluran Sukan HyppTV pada harga RM30 sebulan. Ia adalah pakej saluran sukan pertama HyppTV yang membawakan kepada anda koleksi rancangan sukan serta acara sukan secara langsung yang belum pernah ditonton sebelum ini, tanpa mengira keadaan cuaca.

Antara program menarik pakej ini adalah tayangan acara sukan Amerika secara langsung (HyppSports HD), paparan kehidupan atlet (TRACE Sports HD), aksi bola sepak selama 24-jam tanpa henti (FOX Football Channel) serta perlawanan UEFA yang ditayangkan secara serentak (HyppSports HD2, HyppSports HD3 dan HyppSports HD4) dan banyak lagi. Saluran-saluran yang ditawarkan di bawah pakej ini adalah (rujuk grafik).

HyppTV Platinum Pack

Pakej ketiga dikenali sebagai HyppTV Platinum Pack, himpunan 33 saluran HyppTV pada harga RM50 sebulan dan menampilkan himpunan saluran yang dipertingkatkan daripada HyppTV Platinum Pack sedia ada, memfokus kepada kandungan pendidikan dan hiburan.

Cara melanggan

Terdapat lima (5) cara mudah untuk melanggan pakej HyppTV seperti berikut:

1. Di HyppTV

- Tekan butang i pada alat kawalan jauh HyppTV anda bagi mengakses platform inter@ctive dan pilih HyppTV Mega Pack atau HyppTV Sports Pack atau HyppTV New Platinum Pack atau HyppTV Ruby Pack.

2. Portal UniFi

- Layari dan mendaftar di portal MyUniFi (http://occ.unifi.my).

3. TM UniFi Centre

- Hubungi TM UniFi Centre (TMUC) di talian 1-300-88-1222.

4. TMpoint

- Kunjungi TMpoint berhampiran anda.

5. Wakil Jualan TM yang sah

- Kunjungi wakil jualan TM yang sah berhampiran anda.

Untuk senarai lengkap Saluran HyppTV, Video on Demand (VOD) berserta senarai harga, layari http://www.tm.com.my/hypptv .

HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi yang boleh ditonton tanpa mengira keadaan cuaca hujan atau panas melalui pakej kediaman UniFi, dikenali sebagai pakej VIP, iaitu penawaran triple-play yang menggabungkan suara, video dan data.

Setakat ini, TM telah mengaktifkan lebih 550,000 orang pelanggan UniFi dengan 1.39 juta premis sedia dipasang meliputi 102 kawasan ibu sawat bersamaan kadar langganan kira-kira 38%, melebihi penanda aras global bagi pelaksanaan perkhidmatan seumpamanya.

Kini, HyppTV adalah perkhidmatan IPTV yang paling pesat berkembang di Malaysia, menawarkan kepada pelanggannya sejumlah 112 saluran dengan 28 saluran dalam bentuk Definisi Tinggi (HD) - terdiri daripada 25 saluran percuma, dengan 8 saluran radio, 48 saluran premium, 19 genre Video-On-Demand (VOD) dan 20 saluran interaktif.

Khusus untuk pelanggan perniagaan, TM memperkenalkan HyppTV for Business sebagai salah satu daripada pilihan dalam pakej UniFi BIZ, melengkapkan penawaran triple-play - yang sebelum ini hanya ditawarkan kepada pelanggan kediaman - membolehkan pelanggan PKS memperkayakan perniagaan mereka dengan pengalaman infotainment yang menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan melawat laman Facebook kami di www.facebook.com/hyppworld.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top