Saya kena bangkit - Mohd
Hidup ibarat roda. Mulia dibalas syurga. Dosa dipandang hina," kata Mohd., 25, berhubung tuduhan merogol seorang artis baru-baru ini. Biarpun spekulasi yang mencalarkan maruah dirinya itu semakin melarat namun juara Mentor musim keempat ini yakin kebenaran pasti terbukti nanti.
Tidak mahu menuduh sesiapa, Mohd. lebih gemar bermuhasabah diri kerana setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Malah lebih penting Mohd. mahu lebih berhati-hati selepas ini agar tidak mengulangi kesilapan terdahulu.
Saya akur dengan hukum Tuhan. Mana tahu takut-takut pernah melukakan perasaan mana-mana pihak. Saya reda kalau ini bahagian saya.
Malah sewaktu melangkah dalam industri hiburan ini, saya sudah diingatkan tentang sikap negatif segelintir pemain industri. Tapi tak sangka boleh terkena.
Terus terang kejadian itu banyak membuatkan saya sentiasa berfikir. Dan bukan kerja yang mudah untuk melupakannya sekelip mata," katanya.
Februari lalu, pemilik nama penuh Mohd. Izwan Mohd. Nor ini ditahan polis apabila seorang artis membuat laporan kononnya penyanyi tersebut merogolnya.
Mohd. kemudiannya direman selama empat hari bagi membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan penuh.
Kejadian itu cukup mengecewakan pemegang Diploma Perakaunan Perniagaan, Politeknik Pasir Gudang Johor ini. Mentalnya terganggu.
Lebih-lebih lagi apabila empat hari sebelum penahanan, Mohd. ditawarkan untuk menjadi Duta/Ikon Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi.
Saya tahu impak peristiwa hitam ini menjejaskan kredibiliti saya sebagai figura awam. Banyak tawaran yang ditarik balik. Memang saya kecewa.
Tapi takkan selamanya saya terus berdepan dengan rasa itu dan menyembunyikan diri. Kenalah bangkit dan meneruskan kehidupan," katanya lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan