Aliff Aziz mengambil langkah melupakan kisah cinta silam dengan menanam dua bentuk cincin yang pernah menjadi tanda ikatan cintanya dengan bekas kekasih.

Aliff menanam cincin tersebut sebagai menghormati zaman percintaannya dengan bekas kekasih (yang enggan didedahkan namanya) dan ia juga sebagai cara bagi melupakan kenangan-kenangan manis bersama.

"Saya seorang yang sangat menghargai setiap perhubungan yang dijalinkan dan tidak akan buang cincin dalam tong sampah seolah-olah hubungan itu langsung tidak bernilai.

"Jadi saya ambil pendekatan menanam kedua-dua cincin tersebut bersama-sama dengan memori lama untuk memulakan hidup baru.

"Sedikit sebanyak dengan cara ini ia dapat melegakan hati ini. Saya sifatkan kegagalan cinta lalu sebagai proses pelajaran untuk menjadi lelaki lebih sempurna," katanya Aliff.


Minggu lalu, Aliff telah memuat naik foto dua bentuk cincin yang mahu ditanamnya dengan kapsyen berbahasa Inggeris, 'Time to bury something that means nothing to me now. Moving on..R.I.P (Rest In Peace)' pada laman Instagram miliknya.

Tambah Aliff, dia berharap foto yang dimuatkannya itu tidak memberi gambaran negatif kepada mana-mana pihak yang merasakan dirinya sengaja ingin mencari publisiti murahan, sebaliknya laman sosial itu merupakan tempat dia meluahkan perasaan hati, untuk berkongsi bersama peminat-peminat.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top