Sebaliknya, Arrora atau nama sebenarnya Salwa Md. Razak, 27, berkata wang berjumlah RM1,400 itu telah dipinjam oleh bekas pembantu peribadi yang tidak lagi tidak lagi bekerja dengannya.
“Biarlah saya berterus-terang, isu hutang itu memang benar tetapi bukan saya yang berhutang. Wang itu dipinjam oleh bekas pembantu peribadi saya dengan individu berkenaan ketika dia masih bekerja dengan saya.
“Kalau hendak tahu, saya memecat pembantu peribadi itu pun kerana banyak masalah yang ditimbulkan. Apabila pemiutang itu meminta wang tersebut, pembantu peribadi saya menuding jari ke arah saya kononnya saya pula yang berhutang dan enggan melunaskannya,” katanya kepada mStar Online.
Arrora yang juga bekas Lans Koperal dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini, berkata walaupun pemiutang terbabit datang menemuinya untuk menuntut wang berkenaan, dia enggan melayan permintaan tersebut kerana urusan itu tidak melibatkan dirinya.
“Saya akui individu itu terus memburu saya dan meminta wang tersebut sehingga kini. Namun, saya menegaskan kepadanya saya tidak akan bayar wang itu kerana ia tidak melibatkan diri saya,” tegasnya.
Ketika ditanya mengenai reaksinya berhubung dakwaan tersebut, Arrora berkata dia tidak langsung berasa tertekan atau malu kerana mengetahui kebenaran di sebalik fitnah yang timbul itu.
“Dakwaan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Tiada apa yang perlu saya sembunyikan atau berasa takut. Sesiapa yang bertanyakan hal ini, saya akan bercerita perkara yang sebenar.
“Lagipun, saya adalah bekas anggota polis yang sudah dilatih dengan ketahanan mental dan emosi dalam menghadapi perkara seperti ini, mungkin sebab itu saya tidak berasa tertekan dengan apa yang berlaku,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan