Perkara itu adalah secara kebetulan dan Abby memilih untuk merakamkan lagu tersebut kerana menyukai melodinya tetapi bukan liriknya.
"Tidak benar lagu berkenaan mengenai hubungan saya dengan Zul dan ia hanyalah kebetulan. Tambahan pula liriknya bukan dicipta oleh saya tetapi Edry.
"Sebelum merakamkan lagu tersebut, saya telah diberikan lima buah lagu dengan lirik bertemakan serupa tetapi memilih Aku Tak Mahu kerana sukakan melodinya yang berbeza daripada lagu yang sedia ada," ujar Abby.
Dalam pada itu, ditanya mengenai hubungannya dengan bekas suami, Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza, Abby berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pasangan itu.
Abby berkata, dia sudah melupakan semua perkara yang telah berlaku di antara mereka tambahan pula dia langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan lagi terhadap Norman.
"Itu semua cerita lama dan hubungan kami kini berada di tahap baik, semuanya demi anak-anak yang sedang membesar," ujarnya ringkas.
Ditanya mengenai hubungannya dengan Memey, Abby memberitahu dia tidak mempunyai masalah dengan wanita itu tetapi mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain.
"Rasanya adalah lebih baik begitu kerana tidak mahu menimbulkan apa-apa masalah," katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan