Selepas hubungan cintanya dengan Abby Abadi tidak kesampaian, aktor kacak ini tidak lagi mahu dihambat peristiwa lama.

Tidak mahu menoleh ke belakang, Zul Ariffin atau mesra disapa Zul kini mahu meletakkan kerjaya sebagai keutamaannya.


Mengakui kini dia dan bekas kekasihnya itu tidak lagi pernah berhubungan, Zul berkata, sudah tiba masa dia menumpukan perhatian kepada karier.

“Buat masa sekarang, saya ingin fokus kepada kerjaya dan cuba untuk mengurangkan kisah mengenai hal-hal peribadi.

“Sudah tiba masanya untuk saya melangkah lebih jauh dan membuktikan kredibiliti saya sebagai pelakon.

“Lagi pula saya masih baru dalam industri seni ini. Banyak lagi selok belok yang perlu saya pelajari dalam bidang lakonan,” katanya.

Ditanya sama ada sudah menemui teman hidup baru, Zul mengakui, dia masih solo dan tidak mempunyai pengganti Abby sehingga kini.

“Jika hendak diikutkan, kawan wanita saya boleh dikira dengan jari sahaja. Kebanyakan mereka terdiri daripada orang dalam industri juga.

“Kehidupan saya pun hanya di sekitar lokasi penggambaran sahaja,” jelas jejaka berusia 26 tahun itu.

Bagaimanapun, Zul mengakui cinta banyak mematang dan memberinya pengalaman dalam kehidupan.

Malah tegasnya, cinta juga banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.

“Jujurnya, banyak pengajaran yang saya belajar ketika bercinta dahulu termasuklah kesalahan yang dilakukan oleh saya sendiri.

“Tapi saya anggap perkara tersebut turut mematangkan saya. Pada masa sama turut membantu saya untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik.

“Saya akui, kadang-kadang terfikir juga untuk bercinta lagi, tapi setelah belajar daripada pengalaman, rasanya biarlah saya berehat dahulu,” kata Zul.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top